Sesi Fotografi: Ahmad Zahid Sifatkan Peristiwa Signifikan, Kenang Sejarah Penubuhan UMNO
Sesi Fotografi: Ahmad Zahid Sifatkan Peristiwa Signifikan, Kenang Sejarah Penubuhan UMNO

JOHOR BAHRU, 11 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan sesi fotografi bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda (SPB) Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim sebagai peristiwa amat signifikan kerana UMNO telah ditubuhkan 80 tahun lalu di lokasi yang sama.
Ujarnya, UMNO menjunjung kasih kepada KDYMM SPB YDPA, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan DYAM Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim kerana berkenan berangkat dalam sesi fotografi sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke-80 tersebut.
“Saya ingin menjunjung kasih di peringkat UMNO Malaysia dan Johor kepada KDYMM SPD YDPA dan juga DYAM Pemangku Sultan Johor yang telah berkenan berangkat dalam sesi fotografi semua kepimpinan UMNO di peringkat nasional dan Johor.
“Ini merupakan satu peristiwa yang sangat signifikan kepada UMNO sempena ulang tahun ke-80. Kita tahu bahawa penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 telah dilakukan di Istana Besar Johor. Pada ketika itu sesi sama telah diadakan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
“Ini bukan sekadar nostalgia tetapi sesuatu yang amat dihargai kepimpinan UMNO di semua peringkat. Tentunya usaha yang telah dilakukan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor untuk kita turut adakan majlis doa selamat sempena sambutan ulang tahun ini.
“…di samping mengadakan mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di bangunan UMNO Johor. Tentunya ini amat dihargai oleh semua kepimpinan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus selepas Mesyuarat MKT di sini, sebentar tadi.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap pengumuman inisiatif-inisiatif kepada rakyat yang telah dibuat oleh Onn Hafiz ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Pengumuman yang telah dibuat oleh Menteri Besar Johor dalam ucapan di sidang DUN adalah sesuatu amat dihargai oleh kepimpinan UMNO.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tarik Minat Anak Muda: Pemimpin UMNO Sentiasa Berfikiran ‘Luar Kotak’ – Penganalisis
- Kerajaan Johor Komited Perkasa Ekonomi Mikro, Bela Kebajikan Peniaga Kecil – Mohd Jafni
Kes DNAA Ahmad Zahid Uji Kedudukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan
“Kita juga hargai pengumuman-pengumuman yang dibuat ketika sesi Pembentangan Belanjawan Kerajaan Negeri Johor. Ini merupakan ‘wow factor’ untuk rakyat tanpa mengira umur, kaum dan agama.
“Kita mengharapkan ia turut dihargai oleh rakyat Johor keseluruhannya kerana di bawah kepimpinan Menteri Besar, pendapatan negeri telah bertambah dan agihan dibuat secara adil kepada semua kumpulan.
“Mudah-mudahan ia akan beri kemakmuran kepada rakyat keseluruhannya,” katanya lagi.
Terdahulu, YDPA, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan DYAM Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim telah berkenan berangkat ke sesi fotografi sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-80, di Istana Besar Johor, pada Isnin.
Turut hadir, Ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan para pemimpin UMNO pelbagai peringkat Negeri Johor.
Sesi Fotografi: Ahmad Zahid Sifatkan Peristiwa Signifikan, Kenang Sejarah Penubuhan UMNO
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lapan Dekad Berjuang, UMNO Tidak Pernah Luntur Demi Rakyat – Azman Ismail
- Keresahan Melayu Mesti Diurus Dengan Hikmah dan Penyelesaian – Ahmad Zahid
- RIMBUN 2.0 Himpun Suara Anak Muda, 25 Resolusi Dibawa Ke MKT UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin
You must be logged in to post a comment.