‘UMNO Bukan Lahir Kerana Musim, Tetapi Atas Dasar Tanggungjawab’ – Dr Akmal
‘UMNO Bukan Lahir Kerana Musim, Tetapi Atas Dasar Tanggungjawab’ – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyifatkan bahawa penubuhan UMNO bukan berlandaskan kepentingan sementara, sebaliknya lahir daripada amanah besar untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin berkata, meskipun UMNO telah melalui pelbagai fasa perjuangan sepanjang usia penubuhannya namun parti keramat ini kekal utuh berpaksikan prinsip yang sama termasuk menjunjung institusi Raja sebagai payung kedaulatan negara.
“UMNO bukan lahir kerana musim. UMNO lahir kerana tanggungjawab. Di sebalik usia perjuangan yang panjang, UMNO terus berdiri atas asas yang sama mempertahankan agama, bangsa dan tanah air, dengan adab yang menjunjung institusi Raja sebagai payung negeri dan negara.
“Sambutan ulang tahun ini bukan sekadar mengenang sejarah. Ia adalah peringatan bahawa perjuangan ini sentiasa bersambung. Daripada satu generasi kepada satu generasi. Daripada bahu mereka yang terdahulu, kini amanah itu beralih kepada kita,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Katanya lagi, tanggungjawab generasi hari ini bukan sekadar mewarisi nama UMNO, tetapi memastikan roh perjuangannya terus hidup.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lapan Dekad Berjuang, UMNO Tidak Pernah Luntur Demi Rakyat – Azman Ismail
- Keresahan Melayu Mesti Diurus Dengan Hikmah dan Penyelesaian – Ahmad Zahid
- RIMBUN 2.0 Himpun Suara Anak Muda, 25 Resolusi Dibawa Ke MKT UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin
Menurut beliau usaha ini penting bagi memastikan UMNO kekal membawa nadi perjuangan, suara pembelaan dan harapan bangsa.
“UMNO mesti terus menjadi parti yang berprinsip. Tegas apabila maruah bangsa dicabar. Setia apabila institusi Raja perlu dipertahankan. Rendah hati apabila rakyat menuntut pembelaan.
“Kerana perjuangan ini bukan perjuangan yang ada noktahnya. Ia adalah tanggungjawab yang sentiasa bersambung selagi mana agama mesti dipelihara, bangsa mesti dibela dan tanah air mesti dijaga serapinya,” ujar beliau. – UMNO Online
‘UMNO Bukan Lahir Kerana Musim, Tetapi Atas Dasar Tanggungjawab’ – Dr Akmal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lapan Dekad Berjuang, UMNO Tidak Pernah Luntur Demi Rakyat – Azman Ismail
- Keresahan Melayu Mesti Diurus Dengan Hikmah dan Penyelesaian – Ahmad Zahid
- RIMBUN 2.0 Himpun Suara Anak Muda, 25 Resolusi Dibawa Ke MKT UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin
You must be logged in to post a comment.