Wanita warga emas maut kemalangan di Sibu
Wanita warga emas maut kemalangan di Sibu

SIBU: Seorang wanita warga emas maut manakala tujuh lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 17.7 Jalan Sibu-Selangau, Lebuh Raya Pan Borneo malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa, Yap Li Yun, 66, yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan MPV Perodua Aruz disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.49 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah digegaskan ke lokasi.
“Sebaik tiba, didapati seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri sedang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan, dua lagi penumpang cedera manakala pemandu tidak mengalami kecederaan. Kesemua mangsa berusia antara 56 hingga 76 tahun.
“Pemandu lelaki serta tiga penumpang wanita kenderaan pacuan empat roda pula tidak mengalami kecederaan,” menurut jurucakap itu menerusi kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
Anggota bomba menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa selepas menstabilkan kenderaan yang terbalik mengiring dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
OpOperasi menyelamat tamat pada 11.14 malam selepas kerja pembersihan selesai dijalankan.erasi menyelamat tamat pada 11.14 malam selepas kerja pembersihan selesai dijalankan.
Wanita warga emas maut kemalangan di Sibu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lapan Dekad Berjuang, UMNO Tidak Pernah Luntur Demi Rakyat – Azman Ismail
- Keresahan Melayu Mesti Diurus Dengan Hikmah dan Penyelesaian – Ahmad Zahid
- RIMBUN 2.0 Himpun Suara Anak Muda, 25 Resolusi Dibawa Ke MKT UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin
You must be logged in to post a comment.