Nur Diyana Alyaa hilang sejak Sabtu lalu
Nur Diyana Alyaa hilang sejak Sabtu lalu

ALOR SETAR: Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu supaya tampil membantu siasatan.
Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar melalui kenyataannya di Facebook hari ini memaklumkan, remaja terbabit, Nur Diyana Alyaa Zainari dilaporkan hilang sejak 9 Mei lalu dan laporan polis sudah dibuat ahli keluarganya di Pokok Sena semalam.
Ciri-ciri fizikal remaja terbabit mempunyai ketinggian 160 sentimeter, berat 70 kilogram (kg) dan berkulit cerah.
Kali terakhir remaja itu dilihat memakai baju putih dan berseluar hitam serta memakai tudung.
Selain itu, remaja itu disyaki keluar dengan menaiki Perodua Alza putih bernombor pendaftaran KDS 6082.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh berhubung dengan mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Siti Hajjar Abd Gani di talian 04-7747222 sambungan 7184 atau Pusat Kawalan Daerah di talian 04-7326999.
Nur Diyana Alyaa hilang sejak Sabtu lalu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lapan Dekad Berjuang, UMNO Tidak Pernah Luntur Demi Rakyat – Azman Ismail
- Keresahan Melayu Mesti Diurus Dengan Hikmah dan Penyelesaian – Ahmad Zahid
- RIMBUN 2.0 Himpun Suara Anak Muda, 25 Resolusi Dibawa Ke MKT UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin
You must be logged in to post a comment.