2 maut kereta dinaiki terbabas rempuh pembahagi jalan

2 maut kereta dinaiki terbabas rempuh pembahagi jalan

2 maut kereta dinaiki terbabas rempuh pembahagi jalan
Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 25.3 Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Secondlink) menghala ke Senai awal pagi semalam.

ISKANDAR PUTERI: Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 25.3 Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Secondlink) menghala ke Senai awal pagi semalam.

Kemalangan yang berlaku pada kira-kira jam 5.40 pagi itu menyebabkan seorang lelaki warga India berusia 37 tahun dan lelaki berketurunan Iban berusia 34 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, M Kumarasan, berkata kejadian berlaku selepas kereta dinaiki kedua-dua mangsa hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan tengah.

“Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa tercampak keluar daripada kenderaan ke lorong kanan lebuh raya sebelum digilis penunggang motosikal yang datang dari arah belakang.

“Penunggang motosikal itu tidak sempat membrek lalu melanggar mangsa. Pemandu kereta terbabit maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumarasan berkata, penumpang yang turut tercampak keluar daripada kenderaan pula terjatuh di bawah jambatan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

“Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi talian Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Iskandar Puteri menerusi nombor 07-5101322 bagi membantu siasatan,” katanya.

2 maut kereta dinaiki terbabas rempuh pembahagi jalan

 

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker