PGA tahan dua warga negara jiran, disyaki cuba seludup 1,000 liter RON95

PGA tahan dua warga negara jiran, disyaki cuba seludup 1,000 liter RON95

PGA tahan dua warga negara jiran, disyaki cuba seludup 1,000 liter RON95
Dua pikap yang ditahan PGA selepas disyaki cuba menyeludup 1,000 liter minyak petrol RON95 ke negara jiran di ICQS Bukit Kayu Hitam semalam. – Foto ihsan KPDN Kedah

BUKIT KAYU HITAM: Hajat dua lelaki hendak menyeludup keluar 1,000 liter minyak petrol RON95 ke negara jiran tidak kesampaian, apabila mereka ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini, semalam.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan mereka terbabit yang juga warga Thailand ditahan anggota PGA Kompeni C Batalion 1 di laluan keluar kompleks berkenaan kira-kira jam 6.30 pagi.

Katanya, pihaknya menerima maklumat itu menerusi KPDN Cawangan Kubang Pasu yang turut membabitkan sitaan dua kenderaan berupa pikap yang digunakan bagi tujuan penyeludupan itu.

“Hasil pemeriksaan ke atas dua buah pikap jenis Toyota Hilux bernombor pendaftaran Thailand itu mendapati, terdapat sejumlah minyak petrol dianggarkan sebanyak 500 liter bagi setiap buah.

“Terdapat pengubahsuaian dan pemasangan tangki tambahan pada kenderaan terbabit dan dua lelaki warganegara Thailand itu ditahan dalam pemeriksaan ini. Nilai rampasan bagi kedua-dua kes berjumlah RM104,200, ” menurut kenyataan KPDN itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat


KPDN Kedah berkata dua lelaki warga Thailand itu kemudian di bawa ke pejabat KPDN Kubang Pasu untuk proses rakaman percakapan dan dokumentasi sebelum dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kubang Pasu untuk tindakan lanjut.

Katanya, mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kedua-dua kes ini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan mana-mana orang jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penalti sehingga RM1 juta atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, manakala kesalahan kedua dan seterusnya denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

“Bagi pertubuhan atau perbadanan, denda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya,” katanya.

KPDN Kedah meminta orang ramai termasuk pengguna, peniaga mahupun pihak industri atau


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes DNAA Ahmad Zahid Uji Kedudukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan


mana-mana organisasi agar bersama-sama menyokong gerakan KITA GEMPUR (Gerakan Membasmi Manipulasi dan Ketirisan).

Katanya, sebarang aduan atau maklumat berkaitan boleh disalurkanan melalui aplikasi WhatsApp 019-848 8000 atau EZ ADU KPDN, Talian Hotline KPDN 1-800-886-800 atau Portal e-aduan.kpdn http://eaduan.kpdn.gov.my

PGA tahan dua warga negara jiran, disyaki cuba seludup 1,000 liter RON95

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker