ANTARA aksi skuad negara ketika bertemu Pakistan. FOTO MHC
Misi wajib tumbangkan China

Kuala Lumpur: Kejayaan menewaskan Pakistan mungkin menghidupkan semula peluang skuad hoki lelaki Bawah 18 Tahun (B-18) negara untuk melangkah ke separuh akhir Piala Asia, namun ketua jurulatih Mohd Harfizi Baharom mengakui masih banyak perkara yang perlu diperbaiki sebelum berdepan China.
Menurut Harfizi, kemenangan 3-2 ke atas Pakistan di Kakamigahara, Jepun itu membuktikan pemain mampu bangkit daripada kekecewaan, namun aksi pada separuh masa kedua turut mendedahkan beberapa kelemahan yang tidak boleh dipandang ringan.
Justeru, beliau mahu tempoh rehat yang ada digunakan sebaik mungkin bagi memastikan barisan pemain tampil lebih bersedia menjelang aksi terakhir Kumpulan B yang dianggap penentu nasib pasukan.
“Kita akan perbaiki kelemahan kelemahan tersebut menjelang perlawanan dengan China esok.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persidangan UMNO Bahagian Platform Muhasabah dan Perkukuh Parti – Norliza
- 52 Tahun BN: Membina Semalam, Mengemudi Hari Ini, Menakluk Masa Depan
- Johor Bukan Medan Eksperimen Politik, BN Yakin Rakyat Pilih Kestabilan – Md Israk
Ahmad Zahid Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Rasmi Agong
Harfizi berkata, pasukan kejurulatihan juga tidak mahu mengambil mudah cabaran China dan akan melakukan penelitian menyeluruh terhadap corak permainan lawan.
“Kita akan analisis video video permainan pasukan China untuk kita guna pakai masa menentang mereka nanti,” katanya.
Terdahulu, Malaysia mempamerkan reaksi terbaik selepas kekalahan 2-4 kepada Bangladesh dalam aksi pembukaan apabila mengejutkan Pakistan yang dianggap antara pasukan pilihan kejohanan.
Skuad negara bermula garang menerusi dua jaringan G Dheeressh pada minit ke-11 dan ke-15 sebelum Isyraf Shah Nor Amir meletakkan Malaysia selesa mendahului 3-0 menjelang tamat separuh masa pertama.
Bagaimanapun, Pakistan hampir menghukum kealpaan skuad negara pada separuh masa kedua apabila berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan Muzammil Saeed pada minit ke-42 dan Farhan Aslam pada minit terakhir perlawanan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Bahagian: Medan Perkukuh Saf Perjuangan, Perbaharui Tekad Demi AbaTa
- Ahmad Zahid Seru Perwakilan Manfaatkan Persidangan Bahagian Dengan Penuh Hikmah
- Kerajaan Johor Terus Perkasa Agenda Belia, Dengar Suara Orang Muda
Ulang Tahun ke-52: BN Mesti Bergerak Ke Hadapan Dengan Semangat Pembaharuan
Kemenangan itu memastikan peluang Malaysia untuk memburu slot separuh akhir masih terbuka, namun mereka perlu menewaskan China dalam aksi terakhir kumpulan.
China pula hadir dengan keyakinan tersendiri selepas menewaskan Bangladesh 3-2 dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, sekali gus menjanjikan aksi sengit buat skuad muda negara.
Misi wajib tumbangkan China
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Generasi Muda Semakin Yakin Pilih TVET Sebagai Kerjaya Masa Depan – Mohd Asna
- Rakyat Tolak Parti Berpecah Belah, BN Diyakini – Dr Masliha
- Ahmad Zahid Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Rasmi Agong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Najib Hargai Sokongan Kepimpinan, Rakyat Sepanjang Khidmat Di Parit Yaani
You must be logged in to post a comment.