Empat pasukan buru gelaran sulung Super Schools Hockey

Empat pasukan buru gelaran sulung Super Schools Hockey

Empat pasukan buru gelaran sulung Super Schools Hockey

SEKOLAH Tuanku Abdul Rahman (STAR) antara pasukan yang berjaya melangkah ke saingan separuh akhir Super Schools Hockey 2026.Lumpur: Pentas penentuan kini menanti empat pasukan terbaik apabila Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS), Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ), Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dan Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) berjaya melangkah ke saingan separuh akhir Super Schools Hockey 2026.

Aksi separuh akhir dan final kejohanan itu dijadual berlangsung pada 13 dan 14 Jun ini di Stadium Hoki UniKL, Bangi.

Keempat-empat pasukan berkenaan mengesahkan tempat ke pusingan akhir selepas mengharungi saingan peringkat kumpulan yang berlangsung di Stadium Hoki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim dari 22 hingga 24 Mei lalu.

Kini, hanya dua kemenangan memisahkan mereka daripada muncul juara edisi sulung kejohanan berprestij itu

Super Schools Hockey 2026 dianjurkan hasil kerjasama Enervive Sports dan STAROBA Hockey sebagai platform baharu untuk memperkasakan pembangunan hoki sekolah di negara ini.

Kejohanan itu turut memberi peluang kepada pemain muda menimba pengalaman bersaing dalam suasana pertandingan yang lebih kompetitif dan tersusun.

Aksi separuh akhir pertama akan berlangsung pada 13 Jun jam 3 petang, manakala separuh akhir kedua jam 5.30 petang dengan penentuan tempat ketiga serta aksi final masing-masing akan berlangsung jam 5 serta 8 malam keesokan harinya.

Empat pasukan buru gelaran sulung Super Schools Hockey


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Najib Hargai Sokongan Kepimpinan, Rakyat Sepanjang Khidmat Di Parit Yaani

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker