Generasi Muda Semakin Yakin Pilih TVET Sebagai Kerjaya Masa Depan – Mohd Asna
Generasi Muda Semakin Yakin Pilih TVET Sebagai Kerjaya Masa Depan – Mohd Asna

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin berkata, kerajaan di bawah pimpinan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara telah berjaya memperluaskan peluang pendidikan sehingga ke peringkat sarjana dan doktor falsafah menerusi program yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Mohd Asna yang juga Pengerusi Biro Ekonomi UMNO Negeri Sembilan menegaskan bahawa TVET kini muncul sebagai antara pemacu utama pembangunan modal insan negara.
Menurut beliau, persepsi lama yang menganggap TVET sebagai pilihan kedua sudah tidak lagi relevan dalam landskap pendidikan masa kini kerana sektor tersebut semakin mendapat pengiktirafan tinggi daripada kerajaan serta pemain industri.
“TVET hari ini bukan lagi pilihan kedua. Ia merupakan laluan profesional yang mendapat pengiktirafan kerajaan dan industri serta semakin mendapat sambutan dalam kalangan generasi muda.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Bahagian: Medan Perkukuh Saf Perjuangan, Perbaharui Tekad Demi AbaTa
- Ahmad Zahid Seru Perwakilan Manfaatkan Persidangan Bahagian Dengan Penuh Hikmah
- Kerajaan Johor Terus Perkasa Agenda Belia, Dengar Suara Orang Muda
Ulang Tahun ke-52: BN Mesti Bergerak Ke Hadapan Dengan Semangat Pembaharuan
“Lebih 220,000 pelajar atau 56.86 peratus daripada lepasan SPM dan setaraf kini memilih aliran TVET, sekali gus membuktikan keyakinan masyarakat terhadap sektor ini terus meningkat.
“Sebanyak 1,398 institusi TVET di seluruh negara terus diperkukuh menerusi kerjasama strategik dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta bagi memastikan kemahiran yang diajar sentiasa memenuhi keperluan pasaran pekerjaan semasa,” katanya.
Mengulas lanjut Asna yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban menjelaskan bahawa persepsi bahawa TVET hanya merupakan pilihan kedua selepas universiti perlu diubah kerana bidang tersebut kini menjadi antara pemacu utama pembangunan tenaga kerja mahir negara.

“Persaingan untuk memasuki universiti awam semakin sengit, kos pengajian juga meningkat manakala pasaran pekerjaan hari ini lebih memerlukan kemahiran yang selari dengan kehendak industri.
“TVET menawarkan laluan yang lebih praktikal, realistik dan mempunyai kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi kepada lepasan SPM.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MUBARAK Bidas Tony Pua, Perlu Faham Kedaulatan Raja-Raja Melayu Dan Perlembagaan Negara
- Krisis Politik Negeri Sembilan: Kapal Negeri Sudah Senget, Nakhoda Masih Menafikan Ombak
- Naib Ketua UMNO Paya Besar Meninggal Dunia, Ahmad Zahid Rakam Takziah
Serangan Demi Serangan, UMNO/BN Johor Tetap Berdiri Teguh – Haslinda Salleh
“Sistem TVET direka untuk melahirkan tenaga kerja mahir menerusi pembelajaran berasaskan latihan praktikal, pengalaman industri sebenar dan pendekatan secara langsung yang membolehkan graduan memasuki alam pekerjaan sebaik tamat pengajian,” katanya lagi.
Tambah Asna, graduan TVET kini menjadi pilihan majikan kerana memiliki kemahiran khusus yang diperlukan industri serta mampu menjalankan tugas tanpa memerlukan tempoh latihan tambahan yang panjang.
“Ramai majikan mencari pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pengalaman praktikal, bukan sekadar kelayakan akademik. Keadaan ini memberi kelebihan kepada graduan TVET untuk memperoleh pekerjaan dalam tempoh yang lebih cepat,” jelasnya.
Pada masa sama, kata beliau, pelajar TVET turut berpeluang melanjutkan pengajian ke luar negara menerusi pelbagai program biasiswa dan kerjasama antarabangsa.
“Kerajaan China menawarkan biasiswa penuh kepada 1,000 pelajar lepasan TVET dari Malaysia, manakala kos tiket penerbangan ditanggung oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA),” ujarnya. – UMNO Online
Generasi Muda Semakin Yakin Pilih TVET Sebagai Kerjaya Masa Depan – Mohd Asna
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persidangan UMNO Bahagian Platform Muhasabah dan Perkukuh Parti – Norliza
- 52 Tahun BN: Membina Semalam, Mengemudi Hari Ini, Menakluk Masa Depan
- Johor Bukan Medan Eksperimen Politik, BN Yakin Rakyat Pilih Kestabilan – Md Israk
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Zahid Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Rasmi Agong
You must be logged in to post a comment.