Mesyuarat Bahagian: Medan Perkukuh Saf Perjuangan, Perbaharui Tekad Demi AbaTa

Mesyuarat Bahagian: Medan Perkukuh Saf Perjuangan, Perbaharui Tekad Demi AbaTa

Mesyuarat Bahagian: Medan Perkukuh Saf Perjuangan, Perbaharui Tekad Demi AbaTa

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berpandangan bahawa Mesyuarat UMNO Bahagian yang bermula pada hari ini menjadi medan untuk memperkukuhkan saf perjuangan dan memperbaharui tekad demi agama, bangsa dan tanah air.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau turut mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri.

 

“Selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri seluruh negara.

“Persidangan ini bukan sekadar memenuhi tuntutan organisasi, tetapi menjadi medan memperkukuh saf perjuangan, menyatukan fikrah dan memperbaharui tekad untuk terus mempertahankan agama, bangsa dan tanah air,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang berkata, kekuatan parti sentiasa terletak kepada kesetiaan, keikhlasan dan kesatuan para ahli.

“UMNO telah melalui pelbagai cabaran sepanjang lapan dekad perjuangannya. Namun, kekuatan parti ini sentiasa terletak pada kesetiaan ahlinya, keikhlasan perjuangannya dan kesatuan safnya.

“Marilah kita menjadikan persidangan kali ini sebagai wadah muhasabah, memperkukuh ukhwah dan menyemarakkan semula semangat perjuangan demi masa depan rakyat dan negara,” katanya lagi. – UMNO Online

Mesyuarat Bahagian: Medan Perkukuh Saf Perjuangan, Perbaharui Tekad Demi AbaTa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Serangan Demi Serangan, UMNO/BN Johor Tetap Berdiri Teguh – Haslinda Salleh

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker