Serangan Demi Serangan, UMNO/BN Johor Tetap Berdiri Teguh – Haslinda Salleh

Serangan Demi Serangan, UMNO/BN Johor Tetap Berdiri Teguh – Haslinda Salleh

Serangan Demi Serangan, UMNO/BN Johor Tetap Berdiri Teguh – Haslinda Salleh

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Haslinda Salleh menegaskan bahawa gerakan untuk melemahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bukanlah sesuatu yang baharu, malah pelbagai usaha telah dilakukan sejak sekian lama untuk menjatuhkan kekuatan perjuangan parti tersebut.

Beliau yang juga Exco Wanita UMNO Malaysia berkata, setiap kali diuji dengan pelbagai cabaran politik dan serangan persepsi, UMNO dan BN tetap mampu bangkit kerana akar perjuangannya sentiasa bersama rakyat sejak dahulu, kini dan selamanya.

Menurut beliau, kekuatan UMNO dan BN bukan terletak pada retorik semata-mata, sebaliknya dibina atas rekod perjuangan, khidmat serta kepercayaan rakyat yang tidak pernah terputus.

“Bagi negeri Johor, semangat perjuangan terus subur apabila kepimpinan serta jentera UMNO /BN Johor tidak pernah berhenti bekerja demi rakyat.

“Jentera parti sentiasa turun padang, mendengar keluhan rakyat serta membawa pembangunan yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Khidmat Bakti Diteruskan, Youzaimi Turun Padang Santuni Warga Mersing


“Ketika ada pihak hanya bermain persepsi dan politik kebencian, UMNO dan BN Johor memilih untuk terus fokus kepada kestabilan, kemajuan ekonomi, peluang pekerjaan, pendidikan serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut Haslinda yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Labis menjelaskan rakyat Johor kini semakin matang dalam menilai kepimpinan yang benar-benar mampu membawa hasil, bukannya sekadar bermain retorik politik dan janji kosong.

Serangan Demi Serangan, UMNO/BN Johor Tetap Berdiri Teguh – Haslinda Salleh

“Johor memerlukan kepimpinan yang berpengalaman, stabil dan terbukti mampu bekerja demi memastikan negeri itu terus maju dan makmur.

“UMNO/ BN mempunyai rekod pentadbiran yang jelas serta pengalaman luas dalam mengurus negeri dan menjaga kebajikan rakyat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO/BN Sukar “Dikuburkan”, Kekuatan Terletak Pada Akar Umbi – Yusla Ismail


Tambah Haslinda, rakyat perlu membuat pilihan yang tepat demi masa depan Johor yang lebih terjamin dan progresif.

“Untuk Johor yang lebih baik, pilih UMNO dan BN demi kestabilan, kemajuan serta masa depan rakyat yang lebih terjamin,” ujarnya. – UMNO Online

Serangan Demi Serangan, UMNO/BN Johor Tetap Berdiri Teguh – Haslinda Salleh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Johari Perkukuh Hubungan Ekonomi Malaysia Di MRT APEC 2026

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker