Perlekeh Institusi Raja: Malaysia Tidak Perlukan Politik Bongkak, Cabar Asas Negara

Perlekeh Institusi Raja: Malaysia Tidak Perlukan Politik Bongkak, Cabar Asas Negara

Perlekeh Institusi Raja: Malaysia Tidak Perlukan Politik Bongkak, Cabar Asas Negara

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Malaysia tidak memerlukan politik yang bongkak dan suka mencabar asas negara demi meraih sokongan kelompok tertentu, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Fariz Hazurin Ismail.

Menerusi satu kenyataan, beliau menegaskan bahawa Institusi Raja-Raja Melayu bukan bahan eksperimen politik dan ia merupakan lambang kedaulatan negara.

“Institusi Raja-Raja Melayu bukan bahan eksperimen politik mana-mana parti. Ia adalah lambang kedaulatan negara, pelindung agama Islam dan tonggak keseimbangan dalam sistem Raja Berperlembagaan yang telah memastikan kestabilan negara sejak merdeka.

“Kebelakangan ini, rakyat semakin muak melihat sikap segelintir pemimpin Dap yang dilihat terus-menerus cuba menguji kesabaran rakyat dengan memainkan isu-isu sensitif melibatkan institusi Raja-Raja Melayu dan asas Perlembagaan negara.

“Terbaru kenyataan Tony Pua berkaitan kuasa Raja-Raja Melayu yang dikatakan ‘terhad’ memperlihatkan mentaliti politik yang semakin terpisah daripada realiti masyarakat Malaysia,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Warisan Dato’ Onn dan Seruan Baharu Penyatuan Bangsa


Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang berkata, rakyat semakin bijak menilai siapa yang benar-benar mempertahankan keharmonian negara.

“Mereka bercakap seolah-olah negara ini boleh dibentuk mengikut acuan ideologi politik sendiri tanpa mengambil kira sejarah, budaya dan asas kenegaraan yang telah dipersetujui bersama sejak sekian lama.

“Malaysia tidak memerlukan politik yang bongkak dan suka mencabar asas negara demi meraih tepukan kelompok tertentu.

“Rakyat semakin bijak menilai siapa yang benar-benar mempertahankan keharmonian negara dan siapa sekadar mahu mengheret negara ke dalam politik konflik tidak berkesudahan.

“Jangan sesekali memperlekehkan kebijaksanaan rakyat Malaysia yang masih menjunjung nilai hormat terhadap institusi Raja-Raja Melayu dan asas pembentukan negara ini,” katanya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak


Perlekeh Institusi Raja: Malaysia Tidak Perlukan Politik Bongkak, Cabar Asas Negara

Pada Selasa, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Dap, Tony Pua menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ujarnya, rakyat Malaysia tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah yang mengikat dan menggubal semua aspek kehidupan rakyat.

Ini kerana menurut beliau, undang-undang digubal di Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri oleh wakil yang dipilih rakyat.

Tambah beliau, semua perkara tersebut adalah selaras dengan Rukun Negara khususnya prinsip 2, 3 dan 4 yang menyebut Kesetiaaan kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Hantaran beliau merupakan respons kepada titah Duli Maha Mulia (KDYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor khususnya ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas EXCO, Ronnie Liu untuk mengunjungi Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor bagi menghayati makna sebenar Rukun Negara.

Baginda bertitah, kunjungan ke plak monumen itu penting untuk mengimbas kembali dan mengingatkan mengenai sejarah bagaimana lahirnya konsep Rukun Negara, yang mana segalanya bermula ketika darurat diisytiharkan akibat tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. – UMNO Online

Perlekeh Institusi Raja: Malaysia Tidak Perlukan Politik Bongkak, Cabar Asas Negara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenyataan Dap Timbulkan Persoalan Besar – Adnan Seman

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker