Akar Umbi Terus Jadi Tunjang Kekuatan UMNO – Sollehin
Akar Umbi Terus Jadi Tunjang Kekuatan UMNO – Sollehin

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Tajie meluahkan kesyukuran selepas selesainya Persidangan UMNO Cawangan bagi tahun ini yang telah berlangsung dengan jayanya.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia berkata persidangan tersebut juga dimanfaatkan sepenuhnya untuk beliau mendekati akar umbi serta memahami pandangan dan keperluan ahli di setiap cawangan.
“Alhamdulillah, selesai sudah Persidangan UMNO Cawangan bagi tahun ini. Saya menzahirkan rasa syukur kerana keseluruhan persidangan telah berjalan dengan baik dan lancar.
“Sepanjang musim persidangan ini, saya cuba meluangkan masa hadir ke sebanyak mungkin cawangan yang bersidang bagi menyampaikan amanat, mendengar pandangan serta menyelami sendiri suara akar umbi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tradisi Perjuangan Jadi Asas Keyakinan BN Johor Hadapi PRN -Md Israk
- Kematangan Demokrasi: Hormati Mandat Rakyat, Jangan Paksa Formula Politik
- Bukan Sombong, Tetapi Beri Pilihan Terbuka Pada Rakyat – Syed Hussein
Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib
“Segala usul, pandangan dan cadangan yang dibangkitkan di peringkat cawangan akan diperhalusi di peringkat bahagian sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang nanti,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Sollehin dalam pada itu turut sama meluahkan penghargaan atas kerjasama diberikan akar umbi yang telah memberikan penglibatan sebaiknya sepanjang mesyuarat tersebut berlangsung.
Katanya semangat yang ditunjukkan itu membuktikan bahawa kekuatan parti masih utuh dan terus diperkukuhkan melalui penglibatan aktif akar umbi dalam setiap program yang diadakan.
“Saya secara peribadi amat terharu melihat komitmen serta momentum yang ditunjukkan oleh cawangan cawangan tahun ini dengan pertambahan kehadiran ahli yang cukup memberangsangkan di banyak persidangan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara
- Projek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat
- Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO
Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja
“Inilah kekuatan sebenar UMNO. Semangat akar umbi yang terus hidup, setia dan istiqamah dalam perjuangan.
“Terima kasih kepada seluruh pimpinan dan ahli UMNO Bahagian Bukit Gantang yang telah menjalankan tanggungjawab dan kewajipan masing masing sepanjang musim persidangan ini,” ujar beliau.
Untuk rekod, Persidangan UMNO Cawangan telah berlangsung pada 1 April sehingga 17 Mei lalu, kemudiannya akan disusuli Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 1 Jun hingga 12 Julai 2026.
Manakala Perhimpunan Agung UMNO 2026 pula akan diadakan pada 12 Ogos sehingga 16 Ogos 2026. – UMNO Online
Akar Umbi Terus Jadi Tunjang Kekuatan UMNO – Sollehin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan Pengkhianat Adalah Bermotif Politik, Sengaja Kelirukan Rakyat – Jais Sarday
- Henti Main Sentimen, BN Johor Bukan Pengkhianat – Aznan Tamin
- Politik Kerja, Utama Turun Padang Berbanding Janji – Akmal Zharif
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.