Projek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat
Projek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Pengarah Komunikasi UMNO Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berpandangan bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor wajib ambil tahu mengenai pembangunan infra rakyat.
Ini kerana projek Loji Rawatan Air (LRA) bagi kegunaan dan kesejahteraan rakyat masih gagal disiapkan meskipun telah beberapa kali dijanjikan akan siap dalam tempoh tertentu.
“Saya dah agak, akhirnya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan jawab ‘tak tahu’. Kadang-kadang saya pun hairan tengok dia ini, dalam cubaan nak jawab isu … dia nampak cukup yakin dengan senyum sinis.
“Apa yang rakyat nampak sekarang, projek Loji Rawatan Air (LRA) untuk kegunaan dan kesejahteraan rakyat Kedah dah masuk tahun keenam sejak ditender semula pada 2020, tapi masih gagal disiapkan.
“Lebih pelik apabila orang mula persoalkan kelewatan projek ini, jawapan yang keluar makin lama makin mengelirukan. Sedangkan yang berjanji projek itu akan siap ialah Menteri Besar sendiri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa
- Ulang Tahun Ke-80: Asas Pembangunan Negara Berakar Daripada Perjuangan UMNO – Ruzaini
- Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat
UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir
“Tahun 2023 dia kata siap, tak siap. Selepas itu janji lagi tahun 2025, pun gagal juga. Sekarang projek pula dikatakan ‘lingkup’ dan terpaksa cari kontraktor penyelamat,” katanya menerusi hantaran video di laman Facebooknya.
Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar berkata, pemilihan syarikat yang mengendalikan dua projek LRA tersebut turut menimbulkan persoalan.
“Saya nak tanya soalan mudah saja. Semua lima projek LRA ini ditender pada tahun yang sama, 2020. Kontrak pun diberi dalam tempoh yang hampir sama. Tetapi kenapa tiga projek lain boleh berjalan ikut jadual, manakala dua projek ini pula ‘sangkut’ teruk sampai gagal?
“Lebih menimbulkan persoalan, syarikat yang dipilih ialah syarikat sama. Kalau alasan sebenar adalah masalah teknikal atau kelemahan kontraktor, secara logik semua projek patut menghadapi masalah juga. Tapi ini tidak. Ada projek yang boleh siap, ada pula yang jadi drama bersiri sampai enam tahun.
“Semalam keluar pula alasan kononnya syarikat ‘undercut harga’. Kalau memang harga yang ditawarkan terlalu murah dan tak masuk akal, siapa yang meluluskan tender itu? Bukankah jawatankuasa tender terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan ada kepakaran? Takkan budak sekolah yang buat penilaian?” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- TVET Jadi Kunci Malaysia Terajui Industri EV Dan Tenaga Baharu — Ahmad Zahid
- Program Ekonomi MADANI ATM Fokus Pembangunan Sosio-Ekonomi Keluarga Tentera
- Ahmad Zahid Hargai Dedikasi Jururawat, Penggerak Utama Penjagaan Kesihatan Negara
Azalina Tinjau Cadangan Penempatan Mahkamah Komersial Baharu, Perkukuh Sistem Kehakiman

Ujarnya, sikap acuh tak acuh Sanusi dalam mengendalikan projek tersebut juga memberi kebimbangan kepada rakyat.
“Masalahnya sekarang, bila isu jadi begini, Menteri Besar pula kata dia ‘tak tahu’. Kalau benar tak tahu, itu lebih membimbangkan. Sebab yang memberi jaminan kepada rakyat itu dia sendiri. Bukan sekali, tapi berkali-kali.
“Rakyat sebenarnya sudah terlalu lama bersabar. Kalau setakat lewat setahun dua dengan penjelasan munasabah, mereka masih boleh faham. Tapi sekarang dua projek loji ini sudah gagal dan perlu ditender semula. Ini projek bekalan air untuk rakyat, bukannya projek kecil.
“Sebab itu rakyat hairan. Kalau projek sebesar ini pun Menteri Besar kata dia tak tahu, habis siapa sebenarnya yang tahu? Sedangkan beliau sendiri Pengerusi SADA dan sentiasa menerima taklimat daripada agensi berkaitan.
“Rakyat bukan mahu dengar istilah teknikal seperti EOT, dokumen, atau masalah prosedur. Makcik-makcik, pakcik-pakcik di kampung hanya mahu tahu satu perkara, bila masalah air ini nak selesai? Rakyat dah penat dengan alasan dan penjelasan yang berulang-ulang. Mereka nak tengok hasil, bukan lagi janji. Cuma satu yang rakyat nampak, mahligai mewah cepat pula siap,” katanya lagi.
Pada Khamis media melaporkan, Kementerian Ekonomi terutama menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir diundang ke Kedah untuk meninjau projek tergendala di bawah Kerajaan Persekutuan, selain menumpukan kepada masalah pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau dan Bukit Selambau.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, terdapat sekurang-kurangnya lima projek sakit kendalian Kerajaan Persekutuan di negeri itu yang melibatkan kos berbilion ringgit.
Katanya, daripada lima projek LRA di negeri Kedah yang melibatkan peruntukan RM931 juta, hanya dua daripadanya yang berdepan masalah pembinaan termasuk kontraktor di LRA Sungai Limau yang ditamatkan.
Katanya, daripada lima projek LRA di negeri Kedah yang melibatkan peruntukan RM931 juta, hanya dua daripadanya yang berdepan masalah pembinaan termasuk kontraktor di LRA Sungai Limau yang ditamatkan. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati AzmanProjek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
- Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi
- ‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.