Bantuan Persekolahan Ringankan Beban Keluarga, Suntik Semangat Pelajar
Bantuan Persekolahan Ringankan Beban Keluarga, Suntik Semangat Pelajar

MELAKA, 12 Jun – Keprihatinan terhadap kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan apabila seramai 100 pelajar daripada keluarga asnaf dan B40 menerima sumbangan bantuan persekolahan berjumlah RM10,000 menerusi Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar dan Penyerahan Sumbangan Bantuan Persekolahan anjuran Yayasan Pelajaran MARA di SMK Sultan Alauddin, hari ini.
Program yang turut menghimpunkan lebih 1,200 pelajar itu disifatkan sebagai usaha berterusan membantu meringankan beban kos persekolahan yang ditanggung oleh keluarga, khususnya dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, bantuan yang diberikan bukan sekadar sumbangan kewangan, sebaliknya membawa mesej bahawa kerajaan dan agensi berkaitan sentiasa mengambil berat terhadap keperluan pendidikan anak-anak.
Menurut beliau, setiap pelajar berhak mendapat peluang pendidikan yang terbaik tanpa dibatasi oleh faktor kewangan keluarga.
“Pendidikan merupakan kunci utama dalam mengubah kehidupan dan masa depan seseorang. Sebab itu, usaha membantu pelajar yang memerlukan perlu diteruskan agar mereka dapat memberi tumpuan kepada pelajaran dan mencapai kejayaan yang diimpikan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Lebih Elok, Manis Sekiranya Dilaksanakan Juga Di Peringkat Akar Umbi’
- JTDC: Perkukuh Padanan Bakat, Seiring Hasrat Negeri Johor Buka Lebih Banyak Peluang Pekerjaan
Jasnizam Sifatkan Presiden UMNO Pemimpin Berani Hadapi Pelbagai Tekanan
Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru para pelajar agar menghargai peluang yang diberikan dengan terus berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran serta tidak mudah berputus asa apabila berdepan cabaran.

“Saya turut berpesan kepada anak-anak Melaka agar jangan sesekali malu untuk belajar dan jangan mudah berputus asa apabila berdepan kegagalan. Kejayaan bukan milik mereka yang paling hebat, tetapi milik mereka yang terus bangkit, berusaha dan tidak pernah menyerah kalah.
“Teruskan melangkah dengan yakin, kerana setiap usaha yang ikhlas hari ini adalah jambatan menuju kejayaan pada masa hadapan. Insya-Allah,” katanya lagi. – UMNO Online
Bantuan Persekolahan Ringankan Beban Keluarga, Suntik Semangat Pelajar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dakwaan ADUN BN Negeri Sembilan ‘Tebuk Atap’ Hanya Cubaan Alih Perhatian Rakyat
- PTPTN Terus Prihatin, RM60.1 Juta Disalur Untuk Persediaan Awal Pelajar – Norliza
- Kestabilan Negara Ditentukan Oleh Kebijaksanaan Mentadbir Masyarakat Majmuk
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Terus Sokong Kerajaan Perpaduan, Pertahan Hak Parti Tentukan Hala Tuju PRN
You must be logged in to post a comment.