JTDC: Perkukuh Padanan Bakat, Seiring Hasrat Negeri Johor Buka Lebih Banyak Peluang Pekerjaan
JTDC: Perkukuh Padanan Bakat, Seiring Hasrat Negeri Johor Buka Lebih Banyak Peluang Pekerjaan

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Johor Talent Development Council (JTDC) sedang memperkukuh padanan bakat anak muda seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri Johor untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan beliau telah berpeluang untuk bertemu para mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam Program Ayuh Johor pada Rabu.
“Syukur Alhamdulillah, saya berpeluang bersama lebih 2,000 mahasiswa UTHM dalam Program Ayuh Johor di UTHM, Parit Raja, Batu Pahat. Program ini menjadi platform untuk berkongsi hala tuju pembangunan negeri, selain membuka ruang dialog dua hala antara Kerajaan Negeri dan golongan mahasiswa.
“Saya percaya pandangan, idea dan aspirasi anak muda amat penting dalam membentuk dasar yang lebih menyeluruh, realistik serta berkesan demi masa depan Johor,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap berkata, peluang pekerjaan tersebut perlu direbut dengan persediaan rapi dan daya saing tinggi oleh anak-anak muda di negeri itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Demi Kembalikan Kepercayaan Rakyat, Usaha Perkukuh UMNO Bukan Angkuh – Tengku Azman
- Johor Teruskan Bantuan Bakul Kasih Johor, Manfaat Lebih 550,000 Keluarga
- Mengapa Duduk Lagi Semeja Andai Sudah Hilang Rasa Hormat? – Fadil
‘Tidak Mahu Duduk Semeja Dengan Dap Bukan Ketepikan Kaum Cina’

“Kerajaan Negeri Johor melalui JTDC sedang memperkukuh padanan bakat, latihan dan peningkatan kemahiran anak muda agar lebih bersedia memenuhi keperluan industri, khususnya dalam sektor bernilai tinggi seperti ekonomi digital, pembuatan termaju, teknologi hijau serta industri masa hadapan.
“Inisiatif ini juga seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri Johor untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti dan berpendapatan tinggi kepada anak Johor, termasuk melalui pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
“Namun, peluang ini perlu direbut dengan persediaan rapi, peningkatan kemahiran, disiplin dan daya saing yang tinggi,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh agenda pembangunan Orang Muda Johor.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Perlu Terus Bersatu, Jangan Peduli Pihak Luar – Tengku Adnan
- “Johor Ada Cara Johor” … Perkukuh BN Menjelang PRN – Nadhirah Afiqah
- Rashidi Manfaatkan Pertemuan Bersama PERDA Tech, Tekad Perkasa Sektor Pertanian
Hormati Perbezaan … Kerjasama Kerajaan Perpaduan Tidak Jejas Prinsip Parti – Mohd Rafi
“Saya menyeru mahasiswa Johor agar melihat perubahan besar yang sedang berlaku di negeri ini sebagai satu peluang. Johor sedang bergerak pantas dan Orang Muda Johor mesti bersedia untuk menjadi sebahagian daripada gelombang kemajuan yang akan memacu masa depan negeri.
“Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh agenda pembangunan Orang Muda Johor agar mereka bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah bersedia menjadi pemimpin, tenaga profesional dan generasi pewaris yang akan membawa Johor ke tahap lebih gemilang pada masa hadapan,” katanya lagi. – UMNO Online
JTDC: Perkukuh Padanan Bakat, Seiring Hasrat Negeri Johor Buka Lebih Banyak Peluang Pekerjaan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN: UMNO/BN Johor Tolak Dap Atas Prinsip, Bukan Sentimen Perkauman
- Kerjasama Pas-PPBM Berakhir, Slogan Penyatuan Melayu Dipersoal
- KEMAS 55 Tahun: Terus Mencerdaskan Anak Bangsa, Perkukuh Pembangunan Insan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Projek Naik Taraf FT17 Fokus Keselesaan Dan Kesejahteraan Rakyat – Mohd Jafni
You must be logged in to post a comment.