Wanita UMNO Bukit Bintang Tekad Perkukuh Perpaduan dan Perkasa Jentera Parti
Wanita UMNO Bukit Bintang Tekad Perkukuh Perpaduan dan Perkasa Jentera Parti

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Wanita UMNO Bahagian Bukit Bintang menegaskan komitmen untuk terus memperkukuhkan semangat perpaduan dalam parti sebagai asas utama bagi memastikan UMNO kekal relevan, kuat dan terus mendapat kepercayaan rakyat.
Ketuanya, Norizwandi Nordin, berkata tema “Mengukuhkan Semangat Perpaduan” yang diangkat dalam Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Bukit Bintang tahun ini amat bertepatan dengan cabaran politik semasa yang memerlukan seluruh ahli bergerak sebagai satu pasukan.
Menurut beliau, perpaduan bukan sekadar slogan, tetapi tunjang kekuatan yang menjadi asas kejayaan sesebuah organisasi termasuk UMNO.
“Wanita UMNO Bahagian Bukit Bintang telah membuktikan sejak dahulu bahawa kita adalah nadi dan tulang belakang kepada kekuatan parti. Dalam apa jua keadaan, wanita sentiasa berada di barisan hadapan membantu rakyat, memperjuangkan kebajikan masyarakat serta memastikan jentera parti terus bergerak dengan berkesan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena mesyuarat berkenaan, pada Sabtu.
Beliau turut menyeru seluruh ahli Wanita UMNO supaya terus memperkukuhkan semangat kebersamaan, mengetepikan perbezaan pandangan serta memberi tumpuan kepada agenda lebih besar iaitu memperkasakan parti dan membela kepentingan rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Demi Kembalikan Kepercayaan Rakyat, Usaha Perkukuh UMNO Bukan Angkuh – Tengku Azman
- Johor Teruskan Bantuan Bakul Kasih Johor, Manfaat Lebih 550,000 Keluarga
- Mengapa Duduk Lagi Semeja Andai Sudah Hilang Rasa Hormat? – Fadil
‘Tidak Mahu Duduk Semeja Dengan Dap Bukan Ketepikan Kaum Cina’
Katanya, kekuatan parti bergantung kepada kesatuan hati, keseragaman tindakan dan keikhlasan dalam perjuangan.
Dalam pada itu, Norizwandi berkata Wanita UMNO perlu bersedia menghadapi perubahan landskap politik yang semakin mencabar dengan menguasai medium komunikasi digital dan media sosial secara lebih berkesan.
“Era digital memerlukan kita menjadi lebih proaktif, berdaya saing dan inovatif. Wanita UMNO perlu memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat serta mendekati golongan muda dan wanita profesional agar mereka memahami perjuangan parti,” ujarnya.
Beliau turut menyifatkan usaha mendekati generasi muda sebagai agenda penting bagi memastikan kesinambungan perjuangan UMNO pada masa hadapan.
Sementara itu, beliau menyambut baik penubuhan Jabatan Pengundi Luar UMNO Bahagian Bukit Bintang yang berfungsi sebagai platform penyelarasan sokongan kepada calon-calon UMNO dalam mana-mana pilihan raya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Perlu Terus Bersatu, Jangan Peduli Pihak Luar – Tengku Adnan
- “Johor Ada Cara Johor” … Perkukuh BN Menjelang PRN – Nadhirah Afiqah
- Rashidi Manfaatkan Pertemuan Bersama PERDA Tech, Tekad Perkasa Sektor Pertanian
Hormati Perbezaan … Kerjasama Kerajaan Perpaduan Tidak Jejas Prinsip Parti – Mohd Rafi
Menurutnya, ibu pejabat UMNO Bahagian Bukit Bintang kini berperanan sebagai hab perhubungan yang menghubungkan calon parti dengan pengundi di sekitar Wilayah Persekutuan dan kawasan lain.
“Wanita UMNO Bahagian Bukit Bintang akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada Jabatan Pengundi Luar ini dan bersedia melaksanakan apa sahaja tugasan yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan demi memastikan kemenangan calon UMNO pada masa hadapan,” katanya.
Beliau yakin Wanita UMNO Bahagian Bukit Bintang mempunyai pengalaman, kemampuan serta semangat juang yang tinggi untuk terus menjadi penggerak utama kekuatan parti.
Beliau berharap semangat perpaduan yang diterapkan akan terus menjadi pemangkin kepada kekuatan Wanita, kegemilangan UMNO Bahagian Bukit Bintang dan kesejahteraan negara.
“Mengukuhkan Semangat Perpaduan, Memperkasa Wanita, Memartabatkan UMNO” menjadi tekad bersama seluruh kepimpinan dan ahli Wanita UMNO Bahagian Bukit Bintang dalam meneruskan perjuangan parti. – UMNO Online
Wanita UMNO Bukit Bintang Tekad Perkukuh Perpaduan dan Perkasa Jentera Parti
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRN: UMNO/BN Johor Tolak Dap Atas Prinsip, Bukan Sentimen Perkauman
- Kerjasama Pas-PPBM Berakhir, Slogan Penyatuan Melayu Dipersoal
- KEMAS 55 Tahun: Terus Mencerdaskan Anak Bangsa, Perkukuh Pembangunan Insan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Projek Naik Taraf FT17 Fokus Keselesaan Dan Kesejahteraan Rakyat – Mohd Jafni
You must be logged in to post a comment.