Projek Naik Taraf FT17 Fokus Keselesaan Dan Kesejahteraan Rakyat – Mohd Jafni

Projek Naik Taraf FT17 Fokus Keselesaan Dan Kesejahteraan Rakyat – Mohd Jafni

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan politik itu akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan akan datang.

Presiden Umno itu berkata BN tidak mempunyai pilihan melainkan bergerak solo selepas Pakatan Harapan (PH) mengumumkan hasrat untuk bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

JOHOR BAHRU, 10 Jun – Usaha menaik taraf Lebuhraya Pasir Gudang (FT17) daripada empat kepada enam lorong kini terus memberi manfaat besar kepada rakyat, dengan penekanan utama terhadap keselesaan, kelancaran trafik dan kesejahteraan pengguna jalan raya.

Penyandang EXCO Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata projek tersebut telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 83 peratus, dengan 6.4 kilometer laluan kini telah dibuka dan boleh digunakan oleh orang ramai.

Menurut beliau, pembukaan sebahagian laluan ini telah mula memberi kelegaan kepada pengguna jalan raya yang sebelum ini berdepan kesesakan teruk, khususnya pada waktu puncak.

“Saya telah turun padang meninjau sendiri perkembangan projek sepanjang 10 kilometer dari Persimpangan Bandar Seri Alam / Taman Rinting hingga ke Pasir Gudang. Ini adalah antara usaha penting kerajaan negeri untuk memastikan rakyat dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa dan lancar,” katanya.

Baki 3.6 kilometer laluan utama dijangka dibuka sepenuhnya pada Ogos tahun ini, manakala kerja-kerja akhir termasuk kemasan dan penyelarasan infrastruktur akan diteruskan sehingga siap sepenuhnya pada November 2026.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hormati Perbezaan … Kerjasama Kerajaan Perpaduan Tidak Jejas Prinsip Parti – Mohd Rafi



Dalam masa yang sama, beliau turut meninjau projek penambahbaikan Smart Traffic Light di Persimpangan Taman Kota Puteri dan Taman Teluk Tropikana di Lebuhraya Permas–Pasir Gudang. Sistem ini dijangka membantu mengurangkan kesesakan serta melancarkan pergerakan kenderaan terutama pada waktu puncak.

Tegasnya, Negeri Johor meneruskan komitmennya untuk memperkukuh jaringan jalan raya dan sistem pengangkutan bagi memastikan rakyat menikmati perjalanan yang lebih selesa, selamat dan efisien demi kesejahteraan seluruh Bangsa Johor. – UMNO Online

Projek Naik Taraf FT17 Fokus Keselesaan Dan Kesejahteraan Rakyat – Mohd Jafni


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Tidak Mahu Duduk Semeja Dengan Dap Bukan Ketepikan Kaum Cina’

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker