“Johor Ada Cara Johor” … Perkukuh BN Menjelang PRN – Nadhirah Afiqah
“Johor Ada Cara Johor” … Perkukuh BN Menjelang PRN – Nadhirah Afiqah

JOHOR BAHRU, 8 Jun – Barisan Nasional (BN) Johor menegaskan kesiapsiagaan jenteranya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dengan pendekatan bertanding secara solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menurut kenyataan Exco Puteri UMNO Malaysia merangkap Ketua Puteri UMNO Bahagian Ledang, Nadhirah Afiqah Abdul Rahim, Majlis Pelancaran Jentera BN Johor 2026 yang berlangsung semalam mendapat sambutan besar daripada akar umbi dan penyokong parti.
Beliau berkata kehadiran ribuan penyokong pada majlis tersebut menunjukkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap kekuatan dan persediaan jentera BN di Johor.
Dalam masa sama, beliau menyifatkan perkembangan itu sebagai petanda kebangkitan sokongan terhadap BN Johor, selain memberi tekanan kepada pihak lawan menjelang PRN.
Tumpuan turut terarah kepada pendirian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, yang sebelum ini menegaskan bahawa BN Johor akan bertanding secara solo di semua kerusi DUN negeri itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- YB Loke Jangan Keliru Antara Tanggungjawab Negara dan Pilihan Politik
- Prinsip BN Johor Bukan Keangkuhan, Jangan Kelirukan Rakyat – Haslinda Salleh
Ramai Rindu Zaman Kestabilan Politik & Ekonomi Pentadbiran BN – Mohd Rafi
Beliau turut dilaporkan memberi isyarat tegas mengenai pendirian politiknya, termasuk kenyataan bahawa beliau lebih rela tidak meneruskan jawatan Menteri Besar sekiranya perlu bekerjasama dengan Dap, yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pemimpin politik.
Nadhirah berkata reaksi yang diterima daripada pihak lawan membuktikan bahawa mesej politik yang dibawa memberi kesan kepada landskap semasa di Johor.

Tambahnya, BN Johor mahu menutup sebarang spekulasi mengenai kemungkinan kerjasama selepas pilihan raya, sebaliknya menegaskan bahawa mandat dan hala tuju negeri harus ditentukan oleh rakyat Johor sendiri.
“Johor ada cara Johor, BN Johor ada prinsipnya,” katanya.
Beliau berkata BN Johor kini berada dalam keadaan lebih bersedia, stabil dan yakin menghadapi PRN akan datang. – UMNO Online
“Johor Ada Cara Johor” … Perkukuh BN Menjelang PRN – Nadhirah Afiqah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Usaha Naik Taraf Jalan Kampung Diberi Perhatian, Suhaimi Nasir Turun Padang Tinjau Keperluan
- PRN Johor: Kesiapsiagaan Jentera Turut Libatkan Penguasaan Media Sosial – Norliza
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Semangat Perjuangan BN Terus Menyala Dengan Satu Hati, Satu Matlamat – Fuad Tukirin
You must be logged in to post a comment.