PRN Johor: Kesiapsiagaan Jentera Turut Libatkan Penguasaan Media Sosial – Norliza
PRN Johor: Kesiapsiagaan Jentera Turut Libatkan Penguasaan Media Sosial – Norliza

ISKANDAR PUTERI, 8 Jun – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menegaskan bahawa kesiapsiagaan jentera untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor turut melibatkan penguasaan media sosial.
Menerusi satu kenyataan, Norliza berpandangan bahawa pelancaran jentera untuk PRN Johor yang berlangsung pada Ahad membuktikan jentera Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan tersusun, bersatu dan sentiasa bersedia.
“Alhamdulillah, saya hadir ke Johor bagi Pelancaran Jentera BN Johor sebagai tanda komitmen dan kesediaan seluruh jentera parti dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang.
“Pelancaran ini membuktikan bahawa jentera BN Johor berada dalam keadaan yang tersusun, bersatu dan bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa.
“Semangat yang ditunjukkan oleh kepimpinan, akar umbi, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri mencerminkan iltizam tinggi untuk terus berkhidmat kepada rakyat serta mempertahankan kestabilan dan kemajuan negeri Johor,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Onn Hafiz Perjelas Keputusan Bubar DUN Johor Lebih Awal
- Semua Salah UMNO?
- PRN Johor: Rapatkan Saf, Perkuat Jentera … Pastikan Kemenangan Mutlak Berpihak Kepada BN
Liga Bola Sepak Rakyat Pahang 1st Cungkit Bakat Berkualiti – Wan Rosdy
Mengulas lanjut, beliau yakin bahawa BN Johor mempunyai kekuatan untuk menghadapi cabaran politik semasa.

“Kesiapsiagaan jentera bukan sahaja dari sudut organisasi dan gerak kerja, malah turut melibatkan penguasaan media sosial, penyampaian maklumat yang berkesan serta pendekatan mendekati rakyat secara berterusan.
“Dengan semangat dan kerja berpasukan yang kukuh, saya yakin BN Johor mempunyai kekuatan untuk menghadapi cabaran politik semasa serta meraih keyakinan rakyat.
“Insya-Allah, seluruh jentera akan terus bekerja keras untuk memastikan BN Johor memenangi PRN sekaligus terus menerajui Negeri Johor,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Johor Seru Kuasai Naratif Ruang Digital Hadapi PRN
- Perjuangan BN Pastikan Kestabilan, Kemakmuran Bangsa Johor Terpelihara
- Farmasi Pandu Lalu Angkat Kualiti Hidup Rakyat Melaka – Ab Rauf
Alwiyah Talib Kembali Ke UMNO, Tinggalkan Bersatu Serta Merta
Pada Ahad media melaporkan ‘lautan biru” memenuhi Stadium Tertutup Kompleks Educity Iskandar Puteri apabila para jentera berkumpul untuk Majlis Pelancaran Jentera BN Johor sebagai persiapan menghadapi PRN.
Program yang bermula pada petang itu berlangsung dalam suasana penuh meriah dengan kehadiran 25,000 penyokong, sekali gus membuktikan kekuatan dan kesediaan parti untuk mempertahankan negeri itu sebagai kubu kuat BN. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
PRN Johor: Kesiapsiagaan Jentera Turut Libatkan Penguasaan Media Sosial – Norliza
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- YB Loke Jangan Keliru Antara Tanggungjawab Negara dan Pilihan Politik
- Prinsip BN Johor Bukan Keangkuhan, Jangan Kelirukan Rakyat – Haslinda Salleh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ramai Rindu Zaman Kestabilan Politik & Ekonomi Pentadbiran BN – Mohd Rafi
You must be logged in to post a comment.