PRN Johor: Rapatkan Saf, Perkuat Jentera … Pastikan Kemenangan Mutlak Berpihak Kepada BN

PRN Johor: Rapatkan Saf, Perkuat Jentera … Pastikan Kemenangan Mutlak Berpihak Kepada BN

PRN Johor: Rapatkan Saf, Perkuat Jentera … Pastikan Kemenangan Mutlak Berpihak Kepada BN

ISKANDAR PUTERI, 8 Jun – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyeru semua pejuang parti untuk merapatkan saf, memperkuatkan jentera dan memastikan kemenangan mutlak berpihak kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, Negeri Johor telah berkembang pesat di bawah pentadbiran Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Saya sungguh terharu apabila melangkah masuk ke dewan ini dan melihat semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh seluruh jentera. Semangat inilah mesej dihantar kepada rakyat bahawa Johor mempunyai kekuatan tersendiri dan berada di bawah kepimpinan Menteri Besar yang mampu melaksanakan tugas dengan baik.

“Hari ini saya hanya mahu menjawab satu soalan mudah, kenapa rakyat perlu menyokong BN Johor? Jawapannya mudah. Orang ramai sedang melihat Johor sebagai model kejayaan.

“Di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, kadar pertumbuhan ekonomi Johor bagi tahun 2024 dan 2025 mencapai 6.4 peratus. Ini bukan angka yang kecil. Ini adalah hasil kerja keras dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh beliau bersama pasukannya,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Salbiah Turun Padang Ziarah Rumah Anak Yatim Terjejas Kebakaran


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Jentera BN sempena PRN Johor pada Ahad.

Tegasnya, Johor berjaya muncul sebagai negeri penerima pelaburan asing langsung (FDI) yang tertinggi di negara ini ketika diterajui BN.

“Bukan itu sahaja, dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini Johor berjaya muncul sebagai negeri penerima FDI yang tertinggi di negara ini. Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan. Kita tidak menghalang negeri lain untuk berjaya, namun Johor masih berada di kedudukan terbaik.

“Beliau juga telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat. Ada pihak yang cuba mempertikaikan pelbagai inisiatif kerajaan negeri, tetapi hakikatnya tanpa kepimpinan baik, program-program yang membantu rakyat tidak mungkin dapat dilaksanakan.

“Melalui agenda Maju Johor, Menteri Besar telah merangka hala tuju pembangunan negeri yang jelas. Kini beliau memerlukan mandat baharu untuk meneruskan fasa kedua perancangan tersebut. Berilah peluang kepada beliau dan pasukannya untuk melengkapkan agenda pembangunan yang telah dirancang demi masa depan Johor.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mesyuarat Bahagian Bukti Kekuatan Demokrasi UMNO Berteraskan Suara Rakyat


“Apa yang lebih penting, beliau mentadbir tanpa mengira kaum. Sebab itu rakyat daripada pelbagai latar belakang terus memberikan sokongan dan penghargaan. Beliau menjaga semua kaum tanpa membezakan sesiapa. Inilah teladan terbaik yang perlu dicontohi oleh seluruh kepimpinan BN,” katanya lagi.

PRN Johor: Rapatkan Saf, Perkuat Jentera … Pastikan Kemenangan Mutlak Berpihak Kepada BN

Mengulas lanjut, beliau berharap agar BN memperoleh kemenangan lebih besar pada PRN ini.

“Johor mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebab itu kita berharap dan memohon doa restu daripada seluruh rakyat agar terus memperkukuhkan sokongan kepada BN. Bagi pihak MCA, kami mahu melihat kemenangan yang lebih besar untuk BN pada PRN kali ini.

“Inilah kerja yang telah kita lakukan dan inilah janji yang sedang kita tunaikan. Saya yakin rakyat akan terus memberikan sokongan kepada BN kerana mereka melihat perancangan yang strategik, kepimpinan yang berwibawa dan komitmen yang tidak pernah putus untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Marilah kita rapatkan saf, perkuatkan jentera dan pastikan kemenangan mutlak berpihak kepada BN,” katanya lagi. – UMNO Online

PRN Johor: Rapatkan Saf, Perkuat Jentera … Pastikan Kemenangan Mutlak Berpihak Kepada BN


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alwiyah Talib Kembali Ke UMNO, Tinggalkan Bersatu Serta Merta

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker