Aktiviti Mendaki Gunung Perlu Disertai Disiplin Dan Keselamatan – Mohamad Zaini
Aktiviti Mendaki Gunung Perlu Disertai Disiplin Dan Keselamatan – Mohamad Zaini
BENTONG, 3 Jun – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh, mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika melakukan aktiviti mendaki gunung yang semakin popular dalam kalangan masyarakat.
Menurut beliau yang juga Senator Dewan Negara, aktiviti tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental, malah membuka peluang kepada orang ramai menikmati keindahan alam semula jadi. Namun, peningkatan jumlah pendaki sejak kebelakangan ini turut menyaksikan pelbagai insiden tidak diingini termasuk kecederaan, kehilangan arah, terjatuh dan kemalangan yang meragut nyawa.
“Aktiviti mendaki gunung merupakan satu hobi yang sihat dan bermanfaat. Namun, minat sahaja tidak mencukupi jika tidak disertai dengan disiplin, persediaan yang rapi serta pematuhan terhadap aspek keselamatan,” katanya berkaitan hal terbabit.
Beliau berkata, setiap pendaki perlu memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan pendakian, selain melengkapkan diri dengan peralatan yang sesuai serta mematuhi semua prosedur dan arahan pihak berkuasa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Persidangan UMNO Bahagian Platform Muhasabah dan Perkukuh Parti – Norliza
- 52 Tahun BN: Membina Semalam, Mengemudi Hari Ini, Menakluk Masa Depan
- Johor Bukan Medan Eksperimen Politik, BN Yakin Rakyat Pilih Kestabilan – Md Israk
Ahmad Zahid Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Rasmi Agong
“Kita sering dikejutkan dengan berita pendaki yang mengalami kecederaan, sesat dan ada yang kehilangan nyawa ketika menjalankan aktiviti ini. Lebih menyedihkan apabila terdapat kes pendaki yang masih belum ditemui walaupun pelbagai usaha pencarian dan penyelamatan telah dijalankan,” ujarnya.
Mohamad Zaini turut menyeru masyarakat supaya menghargai pengorbanan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang sentiasa bertungkus-lumus menjalankan tugas dalam keadaan mencabar demi menyelamatkan nyawa.
“Pengorbanan anggota penyelamat amat besar. Justeru, setiap tragedi yang berlaku perlu dijadikan pengajaran agar aktiviti mendaki dapat dilakukan dengan lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan selamat,” katanya.
Beliau berharap semua pihak, termasuk komuniti pendaki dan penganjur aktiviti luar, dapat memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berulang pada masa hadapan.
Antaranya ialah kes Jaslinda Saludin, 49 tahun, yang dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian di Gunung Batu Putih, Tapah, Perak, dengan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan sehingga kini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Bahagian: Medan Perkukuh Saf Perjuangan, Perbaharui Tekad Demi AbaTa
- Ahmad Zahid Seru Perwakilan Manfaatkan Persidangan Bahagian Dengan Penuh Hikmah
- Kerajaan Johor Terus Perkasa Agenda Belia, Dengar Suara Orang Muda
Ulang Tahun ke-52: BN Mesti Bergerak Ke Hadapan Dengan Semangat Pembaharuan
Sebelum itu, negara turut dikejutkan dengan kematian Nur Izzati Humaira Azizul, yang ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa pada Mei lalu.
Selain itu, pada tahun lalu, pendaki Mustaqqeem Mansoor, 34 tahun, ditemukan maut selepas dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Liang di Perak.
Insiden-insiden ini membuktikan bahawa aktiviti mendaki gunung memerlukan persediaan rapi, disiplin tinggi dan pematuhan kepada prosedur keselamatan bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini. – UMNO Online
Aktiviti Mendaki Gunung Perlu Disertai Disiplin Dan Keselamatan – Mohamad Zaini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Generasi Muda Semakin Yakin Pilih TVET Sebagai Kerjaya Masa Depan – Mohd Asna
- Rakyat Tolak Parti Berpecah Belah, BN Diyakini – Dr Masliha
- Ahmad Zahid Hadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Rasmi Agong
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Najib Hargai Sokongan Kepimpinan, Rakyat Sepanjang Khidmat Di Parit Yaani

You must be logged in to post a comment.