Persidangan UMNO Bahagian Platform Muhasabah dan Perkukuh Parti – Norliza
Persidangan UMNO Bahagian Platform Muhasabah dan Perkukuh Parti – Norliza

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menegaskan bahawa persidangan UMNO Bahagian-Bahagian bukan sekadar acara memenuhi dewan atau mengangkat kad perwakilan, sebaliknya menjadi medan penting untuk melakukan muhasabah, menyusun strategi dan memperkukuhkan parti.
Beliau berkata, persidangan yang berlangsung bermula 1 Jun hingga 12 Julai 2026 memberi ruang kepada perwakilan UMNO di seluruh negara untuk membawa suara akar umbi, harapan rakyat dan agenda masa depan parti.
Menurutnya, setiap persidangan perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk menilai kekuatan dan kelemahan organisasi, selain berani menegur perkara yang perlu diperbetulkan demi memastikan UMNO terus relevan serta mendapat kepercayaan rakyat.
“Di sinilah tempat kita bermuhasabah, menyusun langkah, menegur yang perlu ditegur dan memperbaiki yang perlu diperbaiki,” katanya dalam satu kenyataan sempena musim Persidangan UMNO Peringkat Bahagian 2026.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MUBARAK Bidas Tony Pua, Perlu Faham Kedaulatan Raja-Raja Melayu Dan Perlembagaan Negara
- Krisis Politik Negeri Sembilan: Kapal Negeri Sudah Senget, Nakhoda Masih Menafikan Ombak
- Naib Ketua UMNO Paya Besar Meninggal Dunia, Ahmad Zahid Rakam Takziah
Serangan Demi Serangan, UMNO/BN Johor Tetap Berdiri Teguh – Haslinda Salleh
Beliau turut berharap setiap perbahasan yang berlangsung dapat melahirkan keberanian dalam menyuarakan pandangan, manakala setiap keputusan yang dibuat mampu membawa manfaat kepada parti dan rakyat.
Norliza turut mengucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan UMNO Bahagian di seluruh negara dan menyeru semua pihak agar menterjemahkan setiap keputusan persidangan kepada tindakan yang berkesan.
“Apa yang penting bukan siapa paling kuat bersuara, tetapi siapa paling kuat bekerja,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa komitmen dan usaha berterusan semua ahli menjadi kunci utama dalam memperkukuhkan perjuangan parti dan menghadapi cabaran politik semasa. – UMNO Online
Persidangan UMNO Bahagian Platform Muhasabah dan Perkukuh Parti – Norliza
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mesyuarat Bahagian: Medan Perkukuh Saf Perjuangan, Perbaharui Tekad Demi AbaTa
- Ahmad Zahid Seru Perwakilan Manfaatkan Persidangan Bahagian Dengan Penuh Hikmah
- Kerajaan Johor Terus Perkasa Agenda Belia, Dengar Suara Orang Muda
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ulang Tahun ke-52: BN Mesti Bergerak Ke Hadapan Dengan Semangat Pembaharuan
You must be logged in to post a comment.