Kerajaan Johor Terus Perkasa Agenda Belia, Dengar Suara Orang Muda
Kerajaan Johor Terus Perkasa Agenda Belia, Dengar Suara Orang Muda

MUAR, 31 Mei – Kerajaan Negeri Johor komited untuk terus memperkasa agenda pembangunan belia dengan menyediakan lebih banyak peluang, inisiatif dan ruang pembangunan bagi memastikan golongan muda menjadi pemacu utama kemajuan negeri.
Menteri Besarnya, Dauk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha itu diteruskan menerusi pelbagai program libat urus bersama anak muda bagi mendengar sendiri pandangan, cadangan dan aspirasi mereka.
Beliau berkata demikian menerusi laman Facebooknya selepas menghadiri sesi ramah mesra bersama Orang Muda Johor di TMIYC Muar serta Program Sarapan Bersama Orang Muda Johor di Pitstop Tangkak.
Menurut beliau, program seumpama itu menjadi platform penting untuk Kerajaan Negeri memahami keperluan generasi muda, khususnya dalam aspek peluang pekerjaan, pembangunan bakat, pendidikan, keusahawanan, ekonomi setempat dan hala tuju Johor dalam mendepani perubahan ekonomi yang semakin pesat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Johor Tanding 56 Kerusi Strategi Politik, Bukan Pengkhianatan
- UMNO-BN Lenggong Perkukuh Jentera Hadapi Cabaran Politik
- Fathul Bari Tegur Pihak Persoal Institusi Raja dan Sensitiviti Melayu
“Semangat Maju Johor bukan hanya tertumpu di kawasan tertentu, sebaliknya memastikan kemajuan dapat dirasai di setiap daerah melalui penyediaan peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran, pertumbuhan perniagaan tempatan serta limpahan ekonomi kepada rakyat,” katanya.

Beliau turut menyeru seluruh Orang Muda Johor supaya terus meningkatkan kemahiran, bersedia menghadapi cabaran masa depan dan berani merebut peluang yang diwujudkan oleh kerajaan negeri.
Onn Hafiz yakin dengan semangat, keberanian dan kesungguhan golongan muda, Johor mampu membina masa depan yang lebih makmur, maju dan berdaya saing demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri secara menyeluruh. – UMNO Online
Kerajaan Johor Terus Perkasa Agenda Belia, Dengar Suara Orang Muda
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MUBARAK Bidas Tony Pua, Perlu Faham Kedaulatan Raja-Raja Melayu Dan Perlembagaan Negara
- Krisis Politik Negeri Sembilan: Kapal Negeri Sudah Senget, Nakhoda Masih Menafikan Ombak
- Naib Ketua UMNO Paya Besar Meninggal Dunia, Ahmad Zahid Rakam Takziah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Serangan Demi Serangan, UMNO/BN Johor Tetap Berdiri Teguh – Haslinda Salleh
You must be logged in to post a comment.