Johari Perkukuh Hubungan Ekonomi Malaysia Di MRT APEC 2026
Johari Perkukuh Hubungan Ekonomi Malaysia Di MRT APEC 2026

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengadakan pertemuan dua hala bersama Grace Fu selaku menteri bertanggungjawab bagi Perdagangan Singapura sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan APEC (MRT) 2026 di Suzhou, China.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan menerusi hantaran di laman Facebooknya bahawa pertemuan terbabit bagi membincangkan kerjasama ekonomi Malaysia-Singapura yang terus kukuh dan strategik.
Ujarnya, Singapura merupakan rakan ekonomi penting Malaysia dengan jumlah perdagangan dua hala mencecah RM402.35 bilion pada tahun 2025.
“Pertemuan ini turut memberi tumpuan kepada kerjasama dalam APEC, fasilitasi perdagangan digital dan paperless trade, serta pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang berpotensi menjadi model kerjasama ekonomi serantau.
“Kami turut membincangkan peluang memperkukuh rantaian bekalan dalam sektor strategik seperti semikonduktor, elektronik, penjagaan kesihatan, aeroangkasa dan pembuatan termaju, selain kerjasama dalam tenaga bersih, ASEAN Power Grid dan perdagangan rentas sempadan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Lahad Datu Perkemas Gerak Kerja, Kukuhkan Akar Umbi
- Perlekeh Institusi Raja: Malaysia Tidak Perlukan Politik Bongkak, Cabar Asas Negara
- KPK Perkukuh Sektor Agrikomoditi, Perluas Pasaran Global dan Fokus Pekebun Kecil
UMNO/BN Sukar “Dikuburkan”, Kekuatan Terletak Pada Akar Umbi – Yusla Ismail
Sebelum itu Johari turut mengadakan pertemuan dua hala bersama Menteri Perdagangan Republik Rakyat China, Wang Wentao bagi membincangkan hubungan ekonomi Malaysia-China yang terus berkembang dan semakin strategik sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan APEC (MRT) 2026 di Suzhou, China.
Katanya, China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia, mencerminkan kekuatan hubungan ekonomi yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.
“Dalam pertemuan tersebut, kami membincangkan peningkatan aktiviti ekonomi merangkumi perdagangan, pelaburan dan kerjasama industri, termasuk dalam sektor pembuatan, automotif, pertanian serta produk berkaitan perlombongan.
“Kami turut bertukar pandangan mengenai hasrat China untuk meningkatkan import dan memperluaskan pembelian produk Malaysia.”

Ujar Johari, sebagai sebuah ekonomi yang sangat terbuka, Malaysia amat menitikberatkan hubungan kukuh dengan China sebagai ekonomi kedua terbesar dunia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembatalan NSM: Kementerian Pertahanan Hantar Notis Tuntutan Kepada Syarikat Norway
- Hormati Titah Sultan Selangor, Jangan Biadap – Armand Azha
- UMNO Bukit Bintang Desak Tony Pua Mohon Maaf Secara Terbuka
“Malaysia kekal komited dalam menyediakan persekitaran yang stabil, kondusif dan boleh dijangka untuk pelaburan China, sambil memastikan pelaburan tersebut turut memperkukuh pembangunan syarikat dan industri tempatan.
“Usaha memudah cara perdagangan dan pelaburan perlu memberi manfaat bersama agar perusahaan di kedua-dua negara dapat terus berkembang dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi serantau,” katanya lagi. – UMNO Online
Johari Perkukuh Hubungan Ekonomi Malaysia Di MRT APEC 2026
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Tangga Batu Terus Catat Momentum Positif – Rais
- BN Johor Tanding 56 DUN, Tanda Keyakinan Dan Komitmen Terhadap Pengundi – Haslinda Salleh
- Ziarah Kasih UMNO Putrajaya, Sumbangan Kerusi Roda Ringankan Beban Pengundi Sakit
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Khidmat Bakti Diteruskan, Youzaimi Turun Padang Santuni Warga Mersing
You must be logged in to post a comment.