Khidmat Bakti Diteruskan, Youzaimi Turun Padang Santuni Warga Mersing
Khidmat Bakti Diteruskan, Youzaimi Turun Padang Santuni Warga Mersing

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Ketua UMNO Bahagian Mersing, Mohd Youzaimi Yusof meneruskan khidmat bakti dengan menyantuni rakyat di kawasan melalui program kemasyarakatan.
Menerusi perkongsian di Facebook, beliau berbesar hati menyampaikan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa ke-4 bagi sektor pendidikan.
“Bantuan Anak Yatim sebanyak RM200 seorang dan juga Bantuan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) sebanyak RM150 seorang bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri. BKJ Fasa 4 ini, telah diumumkan oleh Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Johor yang lepas.
“Mewakili mereka yang menerima tadi iaitu lebih kurang 457 orang murid yang layak, semuanya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar Johor.
“Semuanya mereka mendoakan agar, pentadbiran Kerajaan Negeri Johor ini akan terus dapat mentadbir negeri Johor ini dengan lebih maju lagi pada masa-masa akan datang supaya limpahan nikmat yang pelbagai seperti ini dapat diteruskan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembatalan NSM: Kementerian Pertahanan Hantar Notis Tuntutan Kepada Syarikat Norway
- Hormati Titah Sultan Selangor, Jangan Biadap – Armand Azha
- UMNO Bukit Bintang Desak Tony Pua Mohon Maaf Secara Terbuka
Sementara itu Youzaimi menerusi perkongsian terdahulu turut sama berkongsi ziarah kasih yang dilakukan beliau bersama kepimpinan UMNO Bahagian dan juga Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Air Puteri.

Beliau berkata kunjungan tersebut dilakukan di beberapa buah rumah sebagai tanda keprihatinan terhadap penduduk setempat, khususnya golongan warga emas yang memerlukan perhatian.
“Menyantuni orang lama di Teluk Iskandar iaitu Pak Cik Embong Harun antara orang lama yang masih ada di Kampung ini.
“Pak Cik Embong diduga dengan minor strok. Beliau dijaga oleh anak-anaknya yang hanya tinggal sebelah rumah dan berdekatan dengan rumahnya. Kami semua mendoakan agar Pak Cik Embong diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan Allah,” ujar beliau.
Ziarah tersebut diteruskan dengan menyantuni Adik Nurzara Aisyah Hazrul Shah yang berhadapan dengan masalah kesihatan berkaitan saraf.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Sebarang Tindakan Halang Tugas Media Tidak Wajar Berlaku’ – Aznan
- Berbeza Pandangan Politik Biasa… Jangan Hilang Adab Terhadap Raja-Raja Melayu
- UMNO Johor Tidak Leburkan Identiti Perjuangan Demi Kepentingan Politik Jangka Pendek

Bagi membantu meringankan beban ibu bapa Nurzara, Youzaimi memohon kerjasama Majlis Agama Islam Johor Cawangan Mersing agar dapat memberikan bantuan bulanan bagi menampung keperluan Adik Aisyah.
“Kami menyantuni Adik Nurzara yang berumur empat tahun sekarang ini. Anak kedua daripada dua orang adik beradik, disahkan oleh pakar perubatan mempunyai masalah saraf sejak daripada dalam kandungan lagi.
“Seorang anak perempuan yang sangat comel daripada pasangan suami isteri iaitu Hazrul Shah Hashim dan Nur Syamira Shamsudin. Adik Aisyah dijaga dengan rapi oleh ibunya seorang suri rumah manakala ayahnya bekerja di Johor Baharu.
“Saya mohon kerjasama daripada pihak Majlis Agama Islam Johor Cawangan Mersing, atas bantuan bulanan keperluan adik Aisyah ini, insya-Allah,” katanya. – UMNO Online
Khidmat Bakti Diteruskan, Youzaimi Turun Padang Santuni Warga Mersing
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Lahad Datu Perkemas Gerak Kerja, Kukuhkan Akar Umbi
- Perlekeh Institusi Raja: Malaysia Tidak Perlukan Politik Bongkak, Cabar Asas Negara
- KPK Perkukuh Sektor Agrikomoditi, Perluas Pasaran Global dan Fokus Pekebun Kecil
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO/BN Sukar “Dikuburkan”, Kekuatan Terletak Pada Akar Umbi – Yusla Ismail
You must be logged in to post a comment.