Kenyataan Dap Timbulkan Persoalan Besar – Adnan Seman
Kenyataan Dap Timbulkan Persoalan Besar – Adnan Seman

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Pengamal undang-undang yang juga Timbalan Ketua UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Adnan Seman berkata kenyataan beberapa pemimpin Dap seperti Tony Pua dan Lim Guan Eng sekali lagi menimbulkan persoalan besar tentang sejauh mana Dap serta Pakatan Harapan (PH) benar-benar mampu meraih keyakinan majoriti masyarakat Melayu dan membina kesepaduan nasional yang kukuh dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia.
Beliau berkata ramai rakyat masih melihat episod pemerintahan PH selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebagai tempoh yang penuh dengan ketidaktentuan politik, kelemahan pentadbiran serta kegagalan memenuhi pelbagai harapan yang dijanjikan.
Menurutnya, dalam suasana rakyat mengharapkan kestabilan dan penyatuan nasional, kenyataan berbaur sentimen perkauman atau politik kebencian hanya akan menambahkan jurang antara kaum serta menjejaskan keharmonian yang dibina sekian lama.
Katanya, perpaduan antara kaum yang dinikmati hari ini lahir daripada proses panjang toleransi, rundingan dan perkongsian kuasa yang diasaskan oleh Barisan Nasional (BN), selain formula politik sederhana yang diamalkan gabungan itu selama berdekad membolehkan pelbagai kaum, agama dan wilayah hidup bersama dalam suasana aman serta stabil.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan Mahu ‘Kuburkan’ UMNO Lebih Bersifat Retorik Politik
- Akar Umbi Terus Jadi Tunjang Kekuatan UMNO – Sollehin
- Khairuddin Tegur Sikap ‘Assobiyah’, Jangan Pertahan Kesilapan Demi Parti
Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak
“Bukan mudah untuk parti-parti yang mewakili pelbagai kaum duduk semeja, berkongsi kuasa dan mencari titik persamaan demi kepentingan negara, namun itulah kekuatan utama BN iaitu politik konsensus, kesederhanaan dan kestabilan,” katanya.
Beliau turut merujuk kepada Johor yang menurutnya terus dikenali sebagai antara negeri paling stabil dari sudut politik dan ekonomi, dengan kepimpinan kerajaan BN memperlihatkan pendekatan lebih tertumpu kepada khidmat bakti, pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat serta perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Adnan berkata pemimpin muda BN kini semakin menyerlah dengan pendekatan yang lebih matang, mesra rakyat dan berorientasikan penyelesaian.
Menurut beliau, rakyat kini semakin penat dengan politik kebencian, permainan persepsi dan budaya menyalahkan pihak lain semata-mata.
Menyentuh isu rasuah, beliau berkata perkara itu bukan milik eksklusif mana-mana parti politik sebaliknya penyakit yang boleh wujud dalam mana-mana sistem apabila integriti manusia gagal dipertahankan dan mekanisme semak imbang menjadi lemah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan Pengkhianat Adalah Bermotif Politik, Sengaja Kelirukan Rakyat – Jais Sarday
- Henti Main Sentimen, BN Johor Bukan Pengkhianat – Aznan Tamin
- Politik Kerja, Utama Turun Padang Berbanding Janji – Akmal Zharif
UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja
“Penyelesaian sebenar ialah memperkukuh institusi, meningkatkan ketelusan serta melahirkan pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata BN juga mempunyai rekod panjang melahirkan ramai pemimpin berpengalaman, kompeten dan berwibawa daripada pelbagai kaum yang berjaya memacu pembangunan negara.
Tambah beliau, dalam suasana politik yang semakin berpecah dan mencabar ketika ini, rakyat memerlukan sebuah gabungan yang berpengalaman, stabil, sederhana dan berpaksikan perpaduan.
“BN masih boleh dianggap sebagai pilihan terbaik untuk memastikan kestabilan politik, keharmonian masyarakat serta kemajuan negara dapat terus dipertahankan demi masa depan generasi akan datang,” katanya. – UMNO Online
Kenyataan Dap Timbulkan Persoalan Besar – Adnan Seman
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembatalan NSM: Kementerian Pertahanan Hantar Notis Tuntutan Kepada Syarikat Norway
- Hormati Titah Sultan Selangor, Jangan Biadap – Armand Azha
- UMNO Bukit Bintang Desak Tony Pua Mohon Maaf Secara Terbuka
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.