Pembatalan NSM: Kementerian Pertahanan Hantar Notis Tuntutan Kepada Syarikat Norway

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Kementerian Pertahanan telah menghantar notis tuntutan kepada syarikat Norway susulan pembatalan lesen eksport secara unilateral untuk sistem peluru berpandu antikapal (NSM).
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa kemajuan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) kini berada pada tahap memuaskan.
“Saya tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada Rabu dan meninjau perkembangan projek LCS di Lumut Naval Shipyard. Setakat April 2026, kemajuan pembinaan kapal berada pada tahap memuaskan dengan LCS 1 mencapai 84.30 peratus, LCS 2 (79.48 peratus), LCS 3 (71.22 peratus), LCS 4 (60.52 peratus) dan LCS 5 (49.71 peratus).
“Jadual penyerahan kapal juga kekal seperti dirancang iaitu LCS 1 pada Disember tahun ini, diikuti LCS 2 pada Ogos 2027, LCS 3 pada Disember 2027, LCS 4 pada Ogos 2028 dan LCS 5 pada April 2029.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan Pengkhianat Adalah Bermotif Politik, Sengaja Kelirukan Rakyat – Jais Sarday
- Henti Main Sentimen, BN Johor Bukan Pengkhianat – Aznan Tamin
- Politik Kerja, Utama Turun Padang Berbanding Janji – Akmal Zharif
“Saya turut diberikan taklimat mengenai perkembangan isu NSM susulan keputusan Kerajaan Norway membatalkan lesen eksport secara unilateral walaupun Malaysia telah memenuhi obligasi kontrak dan membuat hampir keseluruhan pembayaran,” katanya.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, TLDM sedang berusaha mencari alternatif terbaik untuk memastikan LCS dapat dilengkapkan seperti yang dirancang.

“Walaupun ia menjejaskan sistem ‘Surface-to-Surface Missile’, tiga lagi sistem persenjataan utama kapal tidak terjejas dan TLDM sedang berusaha mencari alternatif terbaik bagi memastikan kapal dapat dilengkapkan seperti dirancang.
“Kementerian Pertahanan juga telah menghantar notis tuntutan kepada syarikat Norway melibatkan kos langsung dan kos tidak langsung susulan pembatalan tersebut.
“Apa yang berlaku bukan sekadar isu perolehan pertahanan, tetapi turut menimbulkan persoalan tentang kebolehpercayaan komitmen antarabangsa. Insiden ini juga mengukuhkan komitmen untuk memperkasa industri pertahanan tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar. Ketika ini, sekitar 30 peratus komponen projek LCS melibatkan penyertaan tempatan,” katanya lagi.
Pada Selasa media melaporkan, Malaysia secara rasmi menghantar notis tuntutan lebih RM1 bilion kepada sebuah syarikat pertahanan Norway susulan kegagalan menghantar sistem NSM untuk LCS.
Katanya, kerajaan menuntut kos langsung dan tidak langsung susulan keputusan unilateral Norway menarik balik lesen eksport bagi sistem pertahanan berkenaan.
Ujarnya, Malaysia sudah membuat bayaran €126 juta (RM583 juta), bersamaan 95 peratus daripada nilai kontrak sebelum lesen itu dibatalkan. – UMNO Online
Pembatalan NSM: Kementerian Pertahanan Hantar Notis Tuntutan Kepada Syarikat Norway
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan Mahu ‘Kuburkan’ UMNO Lebih Bersifat Retorik Politik
- Akar Umbi Terus Jadi Tunjang Kekuatan UMNO – Sollehin
- Khairuddin Tegur Sikap ‘Assobiyah’, Jangan Pertahan Kesilapan Demi Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.