Tuduhan Pengkhianat Adalah Bermotif Politik, Sengaja Kelirukan Rakyat – Jais Sarday

Tuduhan Pengkhianat Adalah Bermotif Politik, Sengaja Kelirukan Rakyat – Jais Sarday

Tuduhan Pengkhianat Adalah Bermotif Politik, Sengaja Kelirukan Rakyat – Jais Sarday

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Kluang, Datuk Md Jais Sarday menempelak dakwaan kononnya UMNO dan BN bertindak sebagai pengkhianat malah ia adalah tuduhan tidak berasas serta jelas bermotif politik untuk mengelirukan rakyat Johor.

Ujarnya, realiti politik di Johor amat jelas apabila kerajaan negeri yang dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu adalah kerajaan BN sepenuhnya dan bukannya hasil kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) seperti yang cuba dimainkan pihak tertentu.

“Tuduhan mengatakan UMNO dan BN sebagai pengkhianat adalah tidak tepat sama sekali kerana tiada mana-mana pihak pun yang dikhianati. Hasrat PH untuk menguburkan UMNO buat kali kedua pula boleh dianggap sebagai satu penghinaan besar terhadap parti keramat orang Melayu yang telah lama menjadi tunjang kestabilan negara.

“Apabila Pengerusi BN merangkap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengumumkan BN akan bertanding di kesemua kerusi Dewan UNdangan Negeri (DUN), tidak timbul soal pengkhianatan kerana kerajaan Johor sememangnya kerajaan BN yang tidak bergantung kepada mana-mana gabungan lain untuk mentadbir negeri ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja


“Malah kemenangan besar BN dengan majoriti lebih dua pertiga iaitu 40 daripada 56 kerusi DUN membuktikan rakyat Johor masih meyakini kekuatan, kestabilan dan rekod pentadbiran BN,” katanya.

Mengulas lanjut Jais menyifatkan senario politik propaganda yang digunakan PH pada 2018 tidak lagi relevan untuk dijadikan ukuran kerana ketika itu pelbagai fitnah dan persepsi yang dimainkan oleh mereka.

Tuduhan Pengkhianat Adalah Bermotif Politik, Sengaja Kelirukan Rakyat – Jais Sarday

“Situasi pada 2018 adalah berbeza dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 kerana pada ketika itu PH berjaya menggunakan fitnah sebagai usaha menjatuhkan kerajaan yang sehingga kini tiada satu kes pun terbukti benar.

“Kerajaan negeri yang terbentuk selepas 2022 secara hakikatnya sudah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat hasil daripada kecemerlangan keseluruhan barisan kepimpinan yang mentadbir dan menjalankan amanah rakyat,” ujarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Reezal Seru Semua Pihak Pertahan Empat Pasak Utama Negara


Seterusnya beliau turut menegaskan bahawa BN langsung tidak gentar menerima cabaran tersebut malah jentera akar umbi semakin kukuh dan bersedia hadapi apa jua serangan politik.

“Bagaimanapun… kami tetap bersedia untuk menerima cabaran PH itu kerana yakin barisan akar umbi BN akan memastikan bahawa kerajaan sedia ada terus mentadbir negeri Johor selepas PRN-16 nanti,” tegasnya. – UMNO Online

Tuduhan Pengkhianat Adalah Bermotif Politik, Sengaja Kelirukan Rakyat – Jais Sarday


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker