Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO

Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO

Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Sambutan ulang tahun UMNO ke-80 yang diadakan pada Isnin di Istana Besar, Johor merupakan tanda kebangkitan semula parti selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, perkara tersebut turut membuktikan kebersamaan institusi diraja bersama perjuangan UMNO dalam mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

 

“11 Mei 2026 merupakan hari kebanggaan UMNO kerana terbukti telah bertahan selama 80 tahun. UMNO telah berjasa memerdekakan negara ini dan pada saat ini sudah berusia 80 tahun. Ia turut membuktikan bahawa UMNO ada ‘staying power’ berbanding parti-parti lain di negara ini.

“Sambutan yang berlangsung di Istana Besar, Johor juga merupakan satu acara kebangkitan semula UMNO selepas mengalami kekalahan pada tahun 2018. Ia satu kejayaan yang telah dibawa oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, barisan MKT dan juga Ketua-Ketua UMNO Bahagian dari seluruh negara, bersama-sama ahli membangkitkan semula parti daripada kalah ke perjalanan untuk pulih semula.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir


“Ia juga sebagai satu acara simbolik, menunjukkan bahawa institusi raja bersama-sama dengan UMNO. Maknanya tidak boleh dipisahkan. Ini merupakan asas kepada kestabilan dan keamanan negara,” katanya kepada UMNO Online.

Ujarnya, sambutan seperti itu pernah dilakukan pada tahun 1988 selepas UMNO mengalami episod diharamkan sebagai sebuah parti politik.

 

Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO

“Kali pertama acara sedemikian diadakan adalah pada tarikh penubuhannya, 11 Mei 1946. Tetapi ramai juga yang lupa bahawa pada 11 Mei 1988 turut berlangsung peristiwa sama, selepas UMNO mengalami episod diharamkan sebagai sebuah parti politik.

“Pengharaman tersebut telah menimbulkan banyak masalah kepada UMNO. Jadi, acara yang sama telah diadakan pada 11 Mei 1988 untuk menandakan kebangkitan semula UMNO. Ia juga merupakan sejarah bagi saya kerana penganjurnya pada ketika itu adalah bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Mohamed Rahmat yang merupakan ayahanda saya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Azalina Tinjau Cadangan Penempatan Mahkamah Komersial Baharu, Perkukuh Sistem Kehakiman


“Jadi, pada hari ini, saya sebagai anak bekas pemimpin UMNO turut merasa bangga dengan kejayaan yang dilalui oleh UMNO. Walaupun penuh dengan liku-liku, kita masih lagi boleh bangkit kerana kekuatan dan keazaman para pemimpin serta ahli,” katanya lagi.

Tambahnya, perjuangan UMNO sentiasa mempunyai kesinambungan perjuangan kerana ia diwarisi berteraskan kepada hubungan kekeluargaan.

“Sejak penubuhan UMNO, kekuatan kita juga adalah berteraskan kepada hubungan kekeluargaan. Sebab itu, kalau kita lihat para pemimpin terdahulu, presiden parti terutamanya … anak-anak mereka juga bersama-sama dalam perjuangan mempertahankan legasi yang telah dilandaskan.

“Saya juga sebagai salah seorang anak bekas pemimpin UMNO yang diwarisi dengan perjuangan sama bahawa UMNO ini tidak boleh ditinggalkan. Saya berharap generasi yang akan datang juga akan mewarisi perjuangan dan menyambungnya demi keamanan negara.

“Seperti sebelum ini, kerajaan selalu bertukar begitu juga dengan wakil-wakil rakyat dari parti lain. Lihat saja, mereka boleh berpindah tempat untuk bertanding tidak kira di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen sekiranya sokongan tidak memihak kepada mereka.

“Macam UMNO, kita meletakkan calon untuk menjaga sesebuah kawasan berdasarkan kepada khidmat bakti mereka kepada rakyat,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau turut berharap agar generasi akan datang dapat meneruskan kesinambungan perjuangan UMNO.

“Harapan saya pada masa akan datang ialah UMNO akan meneruskan kesinambungan perjuangan dengan generasi muda yang mampu mewarisi iltizam, semangat, ketekunan dan ketabahan pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini.

“Dengan ini, ia akan menjamin bahawa UMNO tetap utuh dan menjadi parti dominan di negara ini. Saya turut berharap pada sambutan ulang tahun ke-100 kelak, saya akan dapat hadir meraikannya bersama generasi baharu UMNO,” katanya lagi. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Reezal Seru Semua Pihak Pertahan Empat Pasak Utama Negara

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker