Reezal Seru Semua Pihak Pertahan Empat Pasak Utama Negara

Reezal Seru Semua Pihak Pertahan Empat Pasak Utama Negara

Reezal Seru Semua Pihak Pertahan Empat Pasak Utama Negara

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Reezal Merican Naina Merican menegaskan bahawa institusi Raja-Raja Melayu merupakan tonggak utama negara yang perlu terus dipelihara serta dihormati demi memastikan kestabilan dan keharmonian Malaysia terus terjamin.

Menurut beliau terdapat empat pasak utama negara yang menjadi asas kepada kekuatan dan kesejahteraan negara iaitu Perlembagaan, Raja-Raja Melayu, rakyat serta kakitangan kerajaan.

Menurut beliau, keempat-empat elemen tersebut saling berkait dan perlu dipertahankan agar negara kekal aman, stabil serta dihormati.

“Perlembagaan, Raja-Raja Melayu, rakyat dan kakitangan kerajaan adalah empat pasak utama negara yang mesti dipelihara dan dihormati demi kestabilan serta keharmonian negara,” katanya ketika sesi perbahasan  Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Azalina Tinjau Cadangan Penempatan Mahkamah Komersial Baharu, Perkukuh Sistem Kehakiman


Dalam masa sama, beliau turut memuji pendekatan diambil Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari yang memilih jalan harmoni dengan memohon menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berhubung isu temasya SUKMA sehingga perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

Jelas beliau, pendekatan berhemah serta menghormati institusi diraja seperti itu wajar dijadikan contoh kerana ia mencerminkan budaya kepimpinan matang dan berteraskan adab dalam pentadbiran negara.

“Saya memuji dan menghargai pendekatan Menteri KBS memohon menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu SUKMA sehingga diselesaikan secara harmoni,” tambahnya.- UMNO Online

Reezal Seru Semua Pihak Pertahan Empat Pasak Utama Negara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker