Ahmad Zahid Hargai Dedikasi Jururawat, Penggerak Utama Penjagaan Kesihatan Negara

Ahmad Zahid Hargai Dedikasi Jururawat, Penggerak Utama Penjagaan Kesihatan Negara

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan penghargaan kepada seluruh jururawat di Malaysia sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia, atas jasa dan pengorbanan dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan negara.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata jururawat merupakan antara tunjang utama sistem penjagaan kesihatan negara yang sentiasa komited menjalankan amanah dengan penuh dedikasi dan kasih sayang.

“Bersempena Hari Jururawat Sedunia hari ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh jururawat di Malaysia atas jasa dan keikhlasan yang dicurahkan demi rakyat dan negara.

“Semoga segala urusan anda semua sentiasa dipermudahkan dan setiap pengorbanan serta kebaikan yang dilakukan dikurniakan ganjaran yang besar oleh Allah SWT,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid turut menzahirkan harapan agar jururawat terus cekal dan bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab mulia, khususnya dalam memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin


“Senyuman dan layanan penuh ihsan daripada seorang jururawat sering menjadi kekuatan buat pesakit serta keluarga yang sedang melalui saat sukar.

“Dengan sifat sabar, prihatin dan dedikasi yang tinggi, mereka memainkan peranan yang amat besar dalam memastikan sistem kesihatan negara terus berfungsi dengan baik,” ujar beliau. – UMNO Online

Ahmad Zahid Hargai Dedikasi Jururawat, Penggerak Utama Penjagaan Kesihatan Negara

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker