UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir

UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir

UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir

LIBARAN, 13 Mei – Ketua UMNO Bahagian Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata UMNO terus relevan bersama generasi muda kerana sentiasa bergerak seiring dengan perubahan zaman serta memahami aspirasi anak muda masa kini.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Libaran, golongan muda hari ini bukan sahaja mahu suara mereka didengari, malah mahukan peluang untuk terlibat secara langsung dalam membina masa depan masyarakat dan negara.

“Anak muda hari ini bukan sahaja mahukan suara mereka didengari, tetapi juga peluang untuk terlibat secara langsung dalam membina masa depan masyarakat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai peningkatan penyertaan golongan muda dalam UMNO yang dilihat semakin memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

Katanya, kemasukan ribuan ahli baharu membuktikan perjuangan UMNO masih mendapat tempat di hati generasi muda, khususnya melalui pendekatan yang lebih moden, digital dan dekat dengan rakyat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa


“Dengan pendekatan lebih moden, digital dan dekat dengan rakyat, UMNO terus menjadi platform pilihan anak muda untuk membawa idea, semangat dan perubahan demi masa depan yang lebih baik,” katanya lagi.

Untuk rekod, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada bulan lalu telah meluluskan pindaan Peraturan Keahlian UMNO dengan membolehkan pendaftaran ahli baharu dibuat secara atas talian.

Melalui inisiatif digital ini, orang ramai hanya perlu melayari laman web rasmi di https://myumno.org⁠ untuk memulakan proses pendaftaran.– UMNO Online

UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azalina Tinjau Cadangan Penempatan Mahkamah Komersial Baharu, Perkukuh Sistem Kehakiman

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker