TVET Jadi Kunci Malaysia Terajui Industri EV Dan Tenaga Baharu — Ahmad Zahid
TVET Jadi Kunci Malaysia Terajui Industri EV Dan Tenaga Baharu — Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu terus diperkasa bagi memastikan Malaysia mampu menjadi pemain utama dalam industri kenderaan elektrik (EV), bateri dan tenaga baharu di rantau ini.
Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebooknya selepas menyampaikan ucaptama dan menyempurnakan perasmian “Malaysia-China Forum on EV, Battery and New Energy Talent Development and Innovation” di Asia School of Business hari ini.
Menurut Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, dunia kini sedang bergerak pantas ke arah perubahan yang dipacu teknologi, kecerdasan buatan (AI), digitalisasi dan peralihan kepada tenaga bersih serta lestari.
“Malaysia tidak boleh hanya menjadi pemerhati dalam perubahan industri ini, sebaliknya mesti menjadi sebahagian daripada pemain utama dalam pembangunan ekosistem EV, bateri dan tenaga baharu di rantau ini,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lapan Dekad Berjuang, UMNO Tidak Pernah Luntur Demi Rakyat – Azman Ismail
- Keresahan Melayu Mesti Diurus Dengan Hikmah dan Penyelesaian – Ahmad Zahid
- RIMBUN 2.0 Himpun Suara Anak Muda, 25 Resolusi Dibawa Ke MKT UMNO
Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin
Beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata, masa depan industri berteknologi tinggi amat bergantung kepada keupayaan negara melahirkan tenaga kerja mahir yang bersedia mendepani cabaran ekonomi masa depan.
“Pembangunan bakat dan TVET perlu terus diperkasa kerana masa depan industri ini amat bergantung kepada keupayaan kita melahirkan tenaga mahir, jurutera, teknologis dan generasi muda yang benar-benar bersedia mendepani ekonomi masa depan,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Ahmad Zahid turut menyambut baik penubuhan “Green and Smart Mobility Cooperation Platform” serta pelancaran “Flagship EV Talent Programme” yang menyasarkan pembangunan 10,000 tenaga mahir dalam tempoh lima tahun akan datang menerusi kerjasama strategik antara industri dan institusi TVET.
Beliau berkata, inisiatif berkenaan bukan sahaja mampu memperkukuh pembangunan bakat tempatan, malah membuka lebih banyak peluang pelaburan dan pemindahan teknologi kepada negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendaftaran Talian Gelombang Baharu Menarik Anak Muda Menyertai UMNO – Fikhran Hamsi
- 80 Tahun UMNO Bukti Ketahanan Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara — Najib
- Jangan Jadikan Isu ADUN Lantikan Sebagai Modal Serangan Politik
Program MARA Prihatin 2026 Perkasa Pendidikan, Kebajikan Rakyat
“Kerjasama strategik seperti ini akan terus membuka lebih banyak peluang pelaburan, pembangunan bakat dan pemindahan teknologi yang mampu memperkukuh daya saing negara serta membawa manfaat besar kepada generasi muda dan masa depan Malaysia,” katanya. – UMNO Online
TVET Jadi Kunci Malaysia Terajui Industri EV Dan Tenaga Baharu — Ahmad Zahid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Memperbaharui Iltizam Perjuangan Demi Masa Depan Malaysia
- Sesi Fotografi: Ahmad Zahid Sifatkan Peristiwa Signifikan, Kenang Sejarah Penubuhan UMNO
- ‘UMNO Bukan Lahir Kerana Musim, Tetapi Atas Dasar Tanggungjawab’ – Dr Akmal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa
You must be logged in to post a comment.