Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat

Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat

Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Majlis Ulama UMNO Malaysia menzahirkan rasa dukacita dan memandang serius terhadap kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Puteh yang didakwa mengandungi unsur tidak sahih sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam.

Pengerusinya, Datuk Dusuki Ahmad berkata, sebagai umat Islam yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, setiap pihak wajib menjaga adab terhadap para sahabat Rasulullah SAW yang merupakan generasi terbaik umat ini.

Beliau menegaskan bahawa para sahabat Rasulullah SAW dimuliakan kerana keimanan, pengorbanan serta akhlak mereka dalam memperjuangkan Islam bersama Baginda SAW.

“Politik mestilah dipandu dengan ilmu dan akhlak. Perbezaan parti politik tidak boleh membawa kepada penghinaan tokoh-tokoh Islam antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO 80 Tahun: Dari Istana Kembali Ke Istana, Mengangkat Sejarah Perjuangan Bangsa


Dalam kenyataan sama, beliau turut mengingatkan bahawa Rasulullah SAW sendiri melarang umat Islam daripada mencela para sahabat Baginda sebagaimana hadis riwayat Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Majlis Ulama UMNO Malaysia turut mendakwa budaya “fatwa kepartian” yang dibawa Pas sejak sekian lama telah mencetuskan pelbagai polemik dan perpecahan dalam masyarakat Islam termasuk budaya takfiri, dakwaan mengundi parti tertentu masuk syurga serta isu pengasingan sosial sesama umat Islam.

“Mana-mana pihak yang bercakap atas nama agama wajib memastikan fakta yang sahih, beradab dan bertanggungjawab,” katanya lagi.

Pada masa sama, Majlis Ulama UMNO Malaysia menyeru umat Islam khususnya ahli Pas agar tidak bertindak melulu dalam isu melibatkan 3R selain menjauhi budaya takfir dan fitnah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ulang Tahun Ke-80: UMNO Tunjang Utama Pembentukan Negara – Samasuddin


Mereka juga menggesa pihak berkuasa agama supaya meneliti isu berkenaan serta mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung penyebaran fatwa politik songsang yang boleh mengganggu keharmonian umat Islam di negara ini.

Dalam masa yang sama, Majlis Ulama menyeru semua pihak untuk menghormati institusi agama Islam di bawah naungan Raja-Raja Melayu serta mengelakkan polemik berpanjangan yang boleh mencetuskan permusuhan sesama Muslim. – UMNO Online

Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Azalina Tinjau Cadangan Penempatan Mahkamah Komersial Baharu, Perkukuh Sistem Kehakiman

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker