Gol lewat Charles bawa Southampton ke Wembley
Gol lewat Charles bawa Southampton ke Wembley

London: Shea Charles muncul wira Southampton apabila berjaya membawa pasukannya mara ke final playoff Liga Kejuaraan selepas menang 2-1 ke atas Middlesbrough di laman sendiri awal pagi tadi.
Kedua-dua pasukan masih terikat sehingga penghujung masa tambahan sebelum Charles menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-116 menerusi hantaran lintang melengkung dari sebelah kanan yang terkena pemain pertahanan sebelum masuk ke gawang.
Southampton yang tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu kini akan bertemu Hull City di final playoff.
Hull sebelum itu menewaskan Millwall 2-0 pada Isnin. Pemenang final itu akan mengiringi Coventry dan Ipswich untuk beraksi dalam EPL musim depan.
Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) sudah membuka siasatan selepas menerima aduan daripada Middlesbrough berkaitan dakwaan rakaman tanpa kebenaran di kawasan persendirian. Setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada Southampton akan dikenakan tindakan atau tidak.
Jika keputusan ini kekal, Southampton akan membuat penampilan kedua di Wembley musim ini selepas sebelum ini tewas kepada Manchester City di separuh akhir Piala FA bulan lalu.
“Perlawanan ini satu contoh hebat untuk Championship, aksi yang sangat menarik,” kata pengurus Southampton, Tonda Eckert kepada Sky Sports.
Ketika ditanya kemungkinan Southampton disingkirkan daripada final playoff susulan siasatan EFL berhubung dakwaan mengintip itu, Eckert berkata pihak kelab sudah mengeluarkan kenyataan rasmi dan siasatan masih berjalan.
“Kami akan lakukan segala yang termampu untuk bersedia menghadapi perlawanan seterusnya,” katanya.
Gol lewat Charles bawa Southampton ke Wembley
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- TVET Jadi Kunci Malaysia Terajui Industri EV Dan Tenaga Baharu — Ahmad Zahid
- Program Ekonomi MADANI ATM Fokus Pembangunan Sosio-Ekonomi Keluarga Tentera
- Ahmad Zahid Hargai Dedikasi Jururawat, Penggerak Utama Penjagaan Kesihatan Negara
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Azalina Tinjau Cadangan Penempatan Mahkamah Komersial Baharu, Perkukuh Sistem Kehakiman
You must be logged in to post a comment.