Tradisi Perjuangan Jadi Asas Keyakinan BN Johor Hadapi PRN -Md Israk
Tradisi Perjuangan Jadi Asas Keyakinan BN Johor Hadapi PRN -Md Israk

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Ketua Penerangan UMNO Johor, Md Israk Abdullah berkata, pendirian yang diumumkan Pengerusi Barisan Nasional’ (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bahawa BN Johor akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang, adalah satu pendirian yang tepat, berani dan wajar disokong sepenuhnya.
Menurutnya, BN Johor sememangnya bergerak atas kekuatan sendiri yang lahir daripada akar umbi parti, termasuk cawangan, bahagian, jentera parti serta hubungan erat yang dibina bersama rakyat negeri ini.
“BN Johor memang bergerak atas kekuatan sendiri. Kekuatan kita lahir daripada akar umbi, daripada cawangan, daripada bahagian, daripada jentera parti, dan daripada hubungan panjang dengan rakyat Johor.
“Ini bukan pendirian baharu. Ini bukan gimik politik. Ini adalah tradisi perjuangan BN Johor sejak dahulu.
“Sebab itu pendirian ini mesti dilihat sebagai satu ketegasan prinsip. BN Johor tidak boleh berkompromi dalam soal kestabilan politik, kepentingan negeri dan masa depan Bangsa Johor,” katanya dalam satu kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
- Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi
- ‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
Mengulas lanjut kata Israk, percaya masa depan negeri perlu ditentukan oleh kepimpinan yang stabil, jelas dan bertanggungjawab demi memastikan Johor terus maju dan bergerak dengan penuh keyakinan.

“Politik Johor memerlukan kejelasan. Rakyat tidak mahu lagi politik yang terlalu banyak helah, terlalu banyak rundingan belakang tabir, dan terlalu banyak percaturan yang akhirnya mengelirukan rakyat.
“BN Johor percaya masa depan negeri ini mesti ditentukan oleh kepimpinan yang stabil, jelas dan bertanggungjawab. Mandat rakyat dalam PRN akan datang amat penting untuk memastikan Johor terus maju, stabil dan bergerak dengan keyakinan.
“Kita serahkan kepada Bangsa Johor untuk menilai. Nilailah rekod kita. Nilailah kerja kita. Nilailah kesungguhan kita,” ujarnya.
Tambah beliau, jentera penerangan parti kini mempunyai tanggungjawab besar untuk turun ke bawah menjelaskan pendirian parti serta mempertahankan prinsip perjuangan BN kepada rakyat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa
- Ulang Tahun Ke-80: Asas Pembangunan Negara Berakar Daripada Perjuangan UMNO – Ruzaini
- Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat
UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir
“Sebagai jentera penerangan, tugas kita selepas ini jelas, kita akan turun ke bawah, jelaskan pendirian parti, pertahankan prinsip perjuangan dan menangi hati rakyat dengan fakta, kerja dan keyakinan.
“BN Johor tidak bergerak kerana emosi. BN Johor bergerak kerana prinsip. Kita gerak solo, kerana Johor tetap jadi Johor,” tegas beliau. – UMNO Online
Tradisi Perjuangan Jadi Asas Keyakinan BN Johor Hadapi PRN -Md Israk
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara
- Projek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat
- Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.