Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja

Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja

Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Pemuda UMNO Negeri Selangor berpendirian bahawa isu-isu yang berkepentingan melibatkan Kesucian Agama Islam, Kedaulatan Institusi di-Raja, Ketuanan Bangsa Melayu dan Perpaduan Nasional adalah suatu perkara yang menjadi asas kerukunan Rakyat Malaysia.

Ketuanya, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, hal ini menjadi tanggungjawab bersama seluruh Rakyat Malaysia melangkaui perbezaan ideologi politik dan kepelbagaian organisasi.

Mutakhir ini khususnya di Negeri Selangor, telah timbul pelbagai isu-isu yang menyentuh Kedaulatan Institusi di-Raja Selangor bermula dengan pertikaian dan polemik berterusan berkenaan Titah DYMM Sultan Selangor.

“Penghinaan terbuka yang dibuat oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab terhadap DYMM Tuanku Sultan Selangor di laman media sosial. Susulan itu, terdapat pihak yang mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyanggah titah DYMM Sultan Selangor sehingga mahu merujuk pertikaian tersebut ke mahkamah,” katanya menerusi satu kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir


Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar berkata, bagi menyatakan tekad, taat dan setia kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor, Pemuda UMNO Negeri Selangor akan hadir bersama-sama ke ‘Himpunan Daulat Tuanku’ yang akan diadakan di Shah Alam pada Sabtu, 16 Mei ini.

“Pemuda UMNO Negeri Selangor menyeru seluruh barisan kepimpinan serta ahli Pemuda UMNO Negeri Selangor daripada 22 bahagian agar hadir ke Himpunan Daulat Tuanku sebagai tanda solidariti serta taat setia mutlak kepada DYMM Sultan Selangor.

“Kami berharap seluruh rakyat Negeri Selangor bangkit menyatakan pendirian bersama-sama dan hadir ke Himpunan Daulat Tuanku dengan penuh tertib serta mematuhi arahan pihak penganjur,” ujarnya. – UMNO Online

Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Reezal Seru Semua Pihak Pertahan Empat Pasak Utama Negara

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker