Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara
Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara

KUALA LUMPUR, 15 Mei — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan belia agar terus menjadi pemacu utama pembangunan negara sempena sambutan Hari Belia Negara 2026 yang bertemakan “Menggerak Belia”.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, anak muda hari ini memainkan peranan besar dalam mencorakkan masa depan Malaysia seiring perubahan dunia yang semakin pantas dan mencabar.
Menurut beliau, generasi belia kini bukan lagi sekadar pemerhati, malah sudah menjadi pencetus perubahan dalam pelbagai sektor termasuk teknologi, pendidikan, TVET, keusahawanan, ekonomi kreatif dan kesukarelawanan.
“Belia hari ini bukan lagi hanya pemerhati, tetapi sudah menjadi pencetus perubahan dalam pelbagai bidang termasuk teknologi, pendidikan, keusahawanan, TVET, ekonomi kreatif dan kesukarelawanan,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia berkata, kerajaan sentiasa yakin terhadap kemampuan generasi muda dalam memastikan negara terus maju, stabil dan berdaya saing di peringkat global.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa
- Ulang Tahun Ke-80: Asas Pembangunan Negara Berakar Daripada Perjuangan UMNO – Ruzaini
- Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat
UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir
Beliau turut berharap golongan belia akan terus melangkah dengan keyakinan, memperkukuh perpaduan serta berani mencipta peluang demi masa depan negara.
“Saya berharap anak-anak muda akan terus melangkah dengan keyakinan, memperkukuh perpaduan, berani mencipta peluang dan menjadi generasi yang mampu memimpin masa depan negara dengan nilai, ilmu serta jati diri yang kuat,” katanya lagi.
Beliau dalam masa sama mengucapkan Selamat Hari Belia Negara 2026 kepada seluruh anak muda Malaysia sambil menyeru mereka supaya terus mencipta kejayaan dan menggerakkan negara ke hadapan. – UMNO Online
Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
- Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi
- ‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.