Bukan Sombong, Tetapi Beri Pilihan Terbuka Pada Rakyat – Syed Hussein
Bukan Sombong, Tetapi Beri Pilihan Terbuka Pada Rakyat – Syed Hussein

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussein Syed Abdullah menyifatkan pendirian Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mahu Barisan Nasional Johor bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sebagai langkah matang dan memberi pilihan lebih terbuka kepada rakyat.
Beliau yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia, keputusan yang diumumkan oleh Pengerusi BN Johor itu bukanlah satu bentuk kesombongan atau keangkuhan politik, sebaliknya melambangkan keyakinan parti dalam menawarkan mandat yang lebih jelas dan telus kepada rakyat Johor.
“Johor memerlukan sebuah kerajaan yang mempunyai mandat kuat, tidak terikat dengan sebarang tekanan luar, tidak dibayangi campur tangan pihak tertentu, dan tidak perlu berkompromi dalam menentukan hala tuju negeri.
“Sebagai orang muda Johor, keputusan ini bukanlah bersifat angkuh atau sombong, sebaliknya ia adalah lambang keterbukaan dan keyakinan Barisan Nasional (BN) untuk memberi ruang kepada rakyat Johor membuat pilihan secara lebih jelas, telus dan berprinsip.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
- Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi
- ‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
“Hakikatnya, Johor kini berada dalam fasa penting untuk mencapai agenda Maju Johor 2030. Kerajaan negeri memerlukan baki empat tahun untuk memastikan segala perancangan pembangunan dapat disempurnakan sehingga ke destinasi yang disasarkan. Maka, kestabilan politik adalah syarat utama yang tidak boleh dikompromi,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kluang, menzahirkan sokongan penuh terhadap pendirian BN Johor.
“Dengan rekod pencapaian kerajaan negeri yang semakin tersusun dan progresif, adalah tidak adil sekiranya rakyat Johor tidak diberikan peluang untuk membuat keputusan secara lebih terbuka dan berani.
“Saya menyatakan sokongan penuh agar BNJohor bertanding di 56 kerusi DUN, supaya mandat rakyat dapat diterjemahkan dengan lebih jujur, jelas dan meyakinkan demi masa depan Johor yang lebih stabil serta maju,” katanya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Pengerusikan Mesyuarat Tertinggi KKDW, Perkukuh Agenda Pembangunan Desa
- Ulang Tahun Ke-80: Asas Pembangunan Negara Berakar Daripada Perjuangan UMNO – Ruzaini
- Majlis Ulama UMNO Tegur Ahli Parlimen Pas, Seru Henti Politik Pecahbelahkan Umat
UMNO Terus Relevan, Jadi Pilihan Generasi Muda – Suhaimi Nasir
Tegas beliau, Johor bukan milik mana-mana kelompok sempi dan rakyat wajar menentukan kerajaan.
“Johor adalah milik semua bangsa Johor dan maka rakyat wajar diberikan pilihan yang paling telus untuk menentukan kerajaan yang benar-benar mampu membawa Johor ke hadapan,” tegasnya lagi. – UMNO Online
Bukan Sombong, Tetapi Beri Pilihan Terbuka Pada Rakyat – Syed Hussein
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara
- Projek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat
- Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja
You must be logged in to post a comment.