Henti Main Sentimen, BN Johor Bukan Pengkhianat – Aznan Tamin
Henti Main Sentimen, BN Johor Bukan Pengkhianat – Aznan Tamin

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Aznan Tamin menasihati rakyat Johor jangan mudah diperdaya dengan permainan persepsi politik.
Aznan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor berkata, ketika Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Onn Hafiz Ghazi mengumumkan kesediaan BN Johor untuk bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) demi mempertahankan mandat rakyat dan kestabilan negeri, BN pula tiba-tiba dituduh sebagai ‘pengkhianat’.
“Jadi mengapa apabila pihak lain merancang strategi politik sendiri ia dianggap biasa, tetapi apabila BN mempertahankan hak demokrasi, ia terus dilabel sebagai pengkhianatan?
“Sedangkan hakikatnya, jauh lebih awal daripada itu, pimpinan Amanah Johor sendiri telah mengumumkan hasrat untuk bertanding di semua kerusi DUN tanpa menunggu rundingan mana-mana pihak. PKR Johor pula secara terbuka menyatakan mereka telah mengenal pasti 28 kerusi untuk ditandingi pada PRN akan datang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara
- Projek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat
- Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO
Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja
“Jangan lupa… kerajaan negeri hari ini terbina atas mandat jelas rakyat Johor pada PRN 2022. Rakyat memilih kestabilan. Rakyat memilih kepimpinan yang bekerja. Sehingga hari ini, barisan Exco yang memikul amanah mentadbir negeri ini terdiri daripada wakil rakyat BN yang terus turun padang menyelesaikan isu rakyat tanpa mengira fahaman politik,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia menjelaskan dalam demokrasi, bertanding bukan satu dosa. Bertanding bukan satu pengkhianatan, yang menentukan masa depan Johor bukan parti politik, tetapi suara rakyat di peti undi.

“Cukuplah bermain sentimen dan mencipta persepsi demi kepentingan politik sempit. Rakyat Johor hari ini semakin matang menilai. Mereka tidak mahu politik kebencian, mereka mahu pemimpin yang bekerja. Mereka mahu jalan diselesaikan, peluang pekerjaan diperluaskan, pendidikan diperkasakan dan kebajikan rakyat terus dibela.
“Soal siapa bertanding di mana boleh dibincangkan apabila tiba waktunya. Tetapi hari ini, keutamaan kita adalah memastikan amanah rakyat terus dipikul dengan penuh tanggungjawab demi masa depan Bangsa Johor,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
- Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi
- ‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
Ujarnya lagi, politik boleh datang dan pergi, tetapi kepentingan rakyat mesti sentiasa menjadi keutamaan. – UMNO Online
Henti Main Sentimen, BN Johor Bukan Pengkhianat – Aznan Tamin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tradisi Perjuangan Jadi Asas Keyakinan BN Johor Hadapi PRN -Md Israk
- Kematangan Demokrasi: Hormati Mandat Rakyat, Jangan Paksa Formula Politik
- Bukan Sombong, Tetapi Beri Pilihan Terbuka Pada Rakyat – Syed Hussein
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib
You must be logged in to post a comment.