Politik Kerja, Utama Turun Padang Berbanding Janji – Akmal Zharif
Politik Kerja, Utama Turun Padang Berbanding Janji – Akmal Zharif

TAMBUN, 18 Mei – Ketua Pemuda UMNO Tambun, Akmal Zharif Ahmad Kamal menegaskan pendekatan politik berasaskan kerja dan kehadiran di lapangan perlu menjadi keutamaan berbanding retorik serta janji semata-mata.
Menurut beliau, prinsip “kurang bercakap besar, lebih banyak turun padang, kurang berjanji, lebih fokus menyelesaikan” perlu diterjemahkan dalam gerak kerja kepimpinan bagi memastikan rakyat terus merasai kehadiran pemimpin di peringkat akar umbi.
Beliau berkata demikian selepas meluangkan masa turun santai bersama kepimpinan UMNO Bahagian Tambun, selain bertemu golongan muda dan penduduk sekitar dalam sesi mesra yang berlangsung dalam suasana santai.
Katanya, politik bukan sekadar berucap di pentas atau hadir ketika musim pilihan raya, sebaliknya pemimpin perlu turun sendiri untuk mendengar suara rakyat dan melihat realiti di lapangan.
“Yang lebih penting ialah turun dengar sendiri suara rakyat, sambil minum pagi, sembang santai dan melihat sendiri apa yang berlaku di bawah,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penduduk yang hadir memeriahkan program berkenaan, termasuk golongan wanita yang turut berkongsi kemahiran memasak dalam suasana santai.
Akmal Zharif berkata, Tambun memerlukan kepimpinan yang sentiasa dekat dengan rakyat dan bukan hanya muncul ketika menjelang pilihan raya. – UMNO Online
Politik Kerja, Utama Turun Padang Berbanding Janji – Akmal Zharif
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tradisi Perjuangan Jadi Asas Keyakinan BN Johor Hadapi PRN -Md Israk
- Kematangan Demokrasi: Hormati Mandat Rakyat, Jangan Paksa Formula Politik
- Bukan Sombong, Tetapi Beri Pilihan Terbuka Pada Rakyat – Syed Hussein
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib
You must be logged in to post a comment.