Gol Etame bawa The Cats ke ACL 2
Gol Etame bawa The Cats ke ACL 2

Kuching: Jaringan tunggal penyerang import, Jerome Etame sudah cukup untuk menghadiahkan kemenangan berharga buat Kuching City FC apabila menewaskan KL City FC 1-0 dalam aksi terakhir Liga Super di Stadium Negeri, malam ini sekali gus mengesahkan tiket ke pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) musim depan.
Kemenangan penuh dramatik itu membolehkan The Cats menamatkan saingan liga di tangga kedua dengan mengumpul 53 mata, mengatasi pencabar terdekat, Selangor FC yang berada di kedudukan ketiga dengan 52 mata.
Beraksi di hadapan penyokong sendiri, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak tampil lebih agresif sejak wisel permulaan dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu pelawat.
Dominasi Kuching City akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-30 menerusi Jerome Etame yang tenang menolak masuk bola hasil lontaran jauh Muhammad Ariff Farhan untuk meletakkan tuan rumah di depan 1-0.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara
- Projek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat
- Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO
Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja
Tersentak dengan jaringan itu, KL City cuba mengimbangi permainan menerusi beberapa siri serangan balas pantas, namun benteng pertahanan Kuching City kekal ampuh menyerap asakan pelawat.
Malah, ketika aksi berbaki tiga minit sebelum tamat babak pertama, Etame hampir menggandakan jaringan peribadinya, namun percubaannya berjaya dihalang penjaga gol KL City, Quincy Julian Kammeraad biarpun gawang hampir terbuka luas.
Bersambung babak kedua, Kuching City sekali lagi mencemaskan pelawat apabila Yuki Tanigawa berjaya meledak gol pada minit ke-48, namun jaringan itu dibatalkan pengadil selepas didapati berlaku kekasaran terlebih dahulu.
KL City tidak mengalah dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-56 menerusi pemain gantian, Kpah Sean Sherman yang melakukan gerakan solo menarik dengan memperdaya dua pertahanan Kuching City sebelum melepaskan rembatan deras, namun berjaya ditepis keluar penjaga gol, Haziq Nadzli.
Keputusan 1-0 kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menghadiahkan malam penuh bermakna buat Kuching City apabila bukan sahaja menutup kempen liga dengan kemenangan, malah turut melakar sejarah mara ke saingan ACL2 musim depan.
Gol Etame bawa The Cats ke ACL 2
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tradisi Perjuangan Jadi Asas Keyakinan BN Johor Hadapi PRN -Md Israk
- Kematangan Demokrasi: Hormati Mandat Rakyat, Jangan Paksa Formula Politik
- Bukan Sombong, Tetapi Beri Pilihan Terbuka Pada Rakyat – Syed Hussein
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib
You must be logged in to post a comment.