Man United benam Forest, Fernandes cipta rekod
Man United benam Forest, Fernandes cipta rekod

Manchester: Manchester United meraih kemenangan 3-2 ke atas Nottingham Forest dalam aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri musim ini hari ini ketika kelab itu semakin hampir mengesahkan Michael Carrick sebagai pengurus tetap.
Luke Shaw, Matheus Cunha dan Bryan Mbeumo masing-masing menjaringkan gol buat United manakala kapten, Bruno Fernandes menyamai rekod bantuan gol terbanyak semusim liga iaitu 20.
Kemenangan itu memastikan United kekal di tangga ketiga dengan 68 mata berbaki satu perlawanan musim ini, sementara Forest berada di kedudukan ke-16 dengan 43 mata.
Shaw membuka jaringan seawal minit kelima selepas rembatan derasnya menerjah penjuru bawah gol hasil kesilapan pertahanan lawan, sekali gus menghadiahkan gol pertamanya di saingan liga selepas lebih tiga tahun.
Morato menyamakan kedudukan buat Forest pada minit ke-53 menerusi tandukan jarak dekat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara
- Projek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat
- Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO
Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja
Namun Cunha kembali meletakkan United di depan dua minit kemudian menerusi jaringan yang disahkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) susulan dakwaan bola terkena tangan Mbeumo.
Mbeumo kemudian menambah gol ketiga United pada minit ke-76 hasil penyudah tenang selepas menerima hantaran Fernandes.
Morgan Gibbs-White merapatkan jurang buat Forest tidak lama selepas itu, sekali gus menyaksikan penghujung aksi berlangsung penuh mendebarkan.
Man United benam Forest, Fernandes cipta rekod
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tradisi Perjuangan Jadi Asas Keyakinan BN Johor Hadapi PRN -Md Israk
- Kematangan Demokrasi: Hormati Mandat Rakyat, Jangan Paksa Formula Politik
- Bukan Sombong, Tetapi Beri Pilihan Terbuka Pada Rakyat – Syed Hussein
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib
You must be logged in to post a comment.