Mourinho enggan tergesa-gesa sertai Real Madrid
Mourinho enggan tergesa-gesa sertai Real Madrid

Lisbon: Jose Mourinho membuka peluang untuk kembali membimbing Real Madrid apabila mengakui ejennya sedang berhubung dengan kelab gergasi Sepanyol itu, namun pengendali Benfica berkenaan menegaskan tiada tawaran rasmi diterimanya setakat ini dan dia tidak tergesa-gesa membuat keputusan.
Mourinho, 63, membawa Benfica mengharungi musim tanpa kalah dalam Liga Primeira musim ini sebelum menamatkan saingan di tangga ketiga dan kini muncul calon utama menggantikan jurulatih Real, Alvaro Arbeloa, menurut media Sepanyol dan Portugal.
Mourinho yang pernah memenangi gelaran La Liga dan Copa del Rey ketika membimbing Real dalam tempoh tiga tahun sebelum ini, masih mempunyai kontrak bersama Benfica sehingga Jun 2027 dan mengakui kelab Portugal itu sudah menawarkan kontrak baharu kepadanya.
“Masa depan saya dijangka diputuskan minggu ini,” katanya kepada pemberita.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara
- Projek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat
- Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO
Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja
“Saya ada tawaran daripada Benfica. Saya tiada tawaran daripada Real Madrid. Pada masa sama, saya tidak boleh menafikan ada sesuatu sedang berlaku, cuma ia bukan secara terus dengan saya.
“Saya perlukan masa dan ruang untuk membuat keputusan dan minggu ini akan menjadi sangat penting,” katanya lagi.
Arbeloa ketika bercakap menjelang aksi La Liga menentang Sevilla memuji Mourinho dan mengalu-alukan kemungkinan jurulatih Portugal itu kembali ke Santiago Bernabeu selepas pernah mengendalikan kelab berkenaan dari 2010 hingga 2013.
“Bagi saya sebagai bekas pemainnya dan juga peminat Real Madrid, dia nombor satu dan saya fikir dia memang nombor satu.
“Saya sudah merasakan perkara itu sejak sebulan lalu dan saya akan terus merasakan Jose pernah, sedang dan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada kami. Jika dia kembali musim depan, saya sangat gembira melihatnya pulang,” kata Arbeloa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
- Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi
- ‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
Mourinho sebelum ini pernah membimbing Chelsea, Inter Milan, Manchester United dan Tottenham Hotspur selain pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara UEFA sebanyak dua kali sepanjang kariernya.
Mourinho enggan tergesa-gesa sertai Real Madrid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tradisi Perjuangan Jadi Asas Keyakinan BN Johor Hadapi PRN -Md Israk
- Kematangan Demokrasi: Hormati Mandat Rakyat, Jangan Paksa Formula Politik
- Bukan Sombong, Tetapi Beri Pilihan Terbuka Pada Rakyat – Syed Hussein
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib
You must be logged in to post a comment.