Gergasi Merah menang besar, tapi gagal ke pentas Asia

Gergasi Merah menang besar, tapi gagal ke pentas Asia

Gergasi Merah menang besar, tapi gagal ke pentas Asia
FORTES (kanan) meraikan jaringannya. FOTO SELANGOR FC

Kuala Lumpur: Selangor FC menutup kempen Liga Super dengan penuh bergaya apabila membelasah PDRM FC 6-0 pada aksi terakhir liga di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Namun, kemenangan besar itu masih belum cukup untuk menghadiahkan slot ke pentas Asia musim depan buat Gergasi Merah.

Skuad kendalian Kim Pan-gon tampil cukup garang sejak wisel permulaan apabila tidak memberi ruang langsung buat pasukan pelawat yang dibimbing Eddy Gapil.

Mukhairi Ajmal menjadi watak utama kemenangan besar Selangor apabila meledak hatrik sekali gus mencuri tumpuan pada aksi penuh berat sebelah itu.

Tonggak tengah kebangsaan itu membuka jaringan seawal minit kelapan sebelum sekali lagi menemui sasaran pada masa tambahan babak pertama untuk membantu Selangor mendahului selesa 4-0 sebelum rehat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja


Selangor terus menggandakan tekanan ke atas PDRM dengan Alvin Fortes turut mempamerkan aksi cemerlang apabila meledak dua gol dalam tempoh singkat.

Fortes terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada minit ke-27 sebelum menambah jaringan dua minit kemudian untuk terus merobek benteng Sang Saka Biru.

Memasuki babak kedua, Selangor tidak menunggu lama untuk terus berpesta apabila Aliff Izwan Yuslan menjaringkan gol kelima sebaik permainan bersambung.

Ketika perlawanan seakan menuju penamat, Mukhairi melengkapkan malam gemilangnya apabila meledak gol keenam menerusi satu lagi sepakan percuma menarik pada minit ke-88 bagi melengkapkan hatrik peribadi.

Kemenangan besar itu memastikan Selangor mengesahkan tiga mata penuh dalam aksi terakhir musim ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Reezal Seru Semua Pihak Pertahan Empat Pasak Utama Negara


Bagaimanapun, keputusan itu tetap belum cukup untuk membawa Gergasi Merah menamatkan saingan di tangga kedua Liga Super dan meraih tiket ke saingan Asia musim depan.

Ini kerana Kuching City FC turut meraih kemenangan 1-0 ke atas Kuala Lumpur City FC bagi memastikan mereka kekal di kedudukan kedua dengan 53 mata.

Selangor pula menamatkan musim di tangga ketiga selepas mengumpul 49 mata keseluruhan.

Bagi PDRM FC, kekalahan besar itu melengkapkan musim yang cukup suram buat mereka apabila mengakhiri saingan di tangga tercorot Liga Super dengan hanya 11 mata.

Walaupun gagal meraih slot ke pentas Asia menerusi kedudukan liga, kemenangan bergaya itu sekurang-kurangnya memberi suntikan moral terbaik buat Selangor menjelang aksi final Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) Rabu ini.

Gergasi Merah menang besar, tapi gagal ke pentas Asia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker