Negeri Sembilan raih kejuaraan treble
Negeri Sembilan raih kejuaraan treble

Kemenangan itu membolehkan skuad berkenaan melakar sejarah mencipta kejuaraan treble musim ini selepas sebelum ini merangkul Piala Sumbangsih dan Piala LHWM.
Ini kali kedua pasukan itu melakar sejarah dengan memiliki ketiga-tiga piala dipertandingkan selepas berjaya melakukannya pada musim 2023.
Negeri Sembilan menemui sentuhan gol pada minit ke-15 hasil jaringan Nur Afiqah Syahzani Azhar yang melakukan pukulan kemas ke dalam gawang Territory Stingers, hasil pukulan sudut penalti.
Gol kedua berikutnya jaringan Raja Norsharina Raja Shabuddin (minit ke-27) dan disusuli Nuramirah Shakirah Zulkifli untuk gol ketiga (minit ke-30)
Vandana Katariya dan Fatin Shafika Mohd Sukri kemudian melengkapkan kedudukan selesa Negeri Sembilan melalui jaringan mereka pada minit ke-33 dan ke-35.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Zahid Seru Belia Terus Jadi Penggerak Masa Depan Negara
- Projek LRA Kedah: MB Wajib Ambil Tahu Pembangunan Infra Rakyat
- Ulang Tahun ke-80: Sambutan Di Istana Besar, Tanda Kebangkitan Semula UMNO
Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja
Mengulas keseluruhan aksi itu, jurulatih Negeri Sembilan, Shaiful Azli Abd Rahman berkata, skuad bimbingannya memberikan komitmen tinggi hingga berjaya menguasai sebahagian besar perlawanan.
“Pemain Negeri Sembilan dapat mengekalkan persembahan terbaik seperti mana apa yang kita rancang. Ini membolehkan kita mendahului lawan dengan selesa pada separuh masa pertama.
“Namun begitu pada separuh masa kedua, Negeri Sembilan menerima tekanan hebat daripada Territory Stingers yang membolehkan mereka menjaringkan dua gol masing-masing pada minit ke-51 dan ke-55.
“Apa pun strategi kita menjadi. Tahniah dan syabas buat pemain yang berjaya menterjemahkan kemenangan sekali gus memastikan Negeri Sembilan melakar sejarah memiliki ketiga-tiga piala yang dipertandingkan musim ini,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengukuhan Parti Jadi Fokus Utama UMNO Beaufort, Yakin Terus Relevan
- Pemuda UMNO Pulau Pinang, Kedah Desak Tindakan Tegas Hina Sahabat Nabi
- ‘Perkasa Jentera Dengan Kemahiran AI, Kuasai Algoritma Media Sosial’
Negeri Sembilan turut mendominasi hadiah lain apabila Nuramirah Shakirah muncul penjaring terbanyak kejohanan dengan meledak 19 gol manakala pemain terbaik perlawanan akhir milik Nur Afiqah Syahzani diikuti pemain harapan kejohanan pula menjadi milik Nur Zahidah Damia Mazlan.
Negeri Sembilan raih kejuaraan treble
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tradisi Perjuangan Jadi Asas Keyakinan BN Johor Hadapi PRN -Md Israk
- Kematangan Demokrasi: Hormati Mandat Rakyat, Jangan Paksa Formula Politik
- Bukan Sombong, Tetapi Beri Pilihan Terbuka Pada Rakyat – Syed Hussein
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib
You must be logged in to post a comment.