Perasaan gementar jejas aksi Zi Yu-Noraqilah di final Masters China

Perasaan gementar jejas aksi Zi Yu-Noraqilah di final Masters China

Perasaan gementar jejas aksi Zi Yu-Noraqilah di final Masters China
NORAQILAH (kiri) dan Zi Yu terlepas gelaran juara Masters China. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Beregu wanita muda negara Low Zi Yu dan Noraqilah Maisarah Ramdan mengakui rasa gementar menjejaskan rentak permainan mereka pada final Masters China hari ini.

Zi Yu berkata meskipun gembira berjaya menamatkan saingan sebagai naib juara, mereka kurang berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan pada perlawanan berkenaan.

“Kami kurang konsisten mungkin kerana ada rasa gementar. Ini perkara yang perlu kami perbaiki,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini.

Terdahulu, impian Zi Yu-Noraqilah Maisarah untuk merangkul gelaran sulung Jelajah Dunia BWF tidak kesampaian apabila tewas pada perlawanan akhir Masters China, sebentar tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO Selangor Seru Rakyat Bersatu Pertahan Institusi Raja


Pasangan meningkat naik negara itu terpaksa akur dengan kehebatan wakil Jepun, Sumire Nakade-Miyu Takahashi selepas kalah 13-21, 17-21 dalam tempoh 32 minit di Gimnasium Baoji City.

Dalam pada itu, Zi Yu berharap beliau dan pasangan mampu untuk memberikan aksi yang terbaik pada penampilan sulung mereka di Masters Malaysia yang akan membuka tirainya Selasa depan.

Kejohanan Masters Malaysia bertaraf Super 500 itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah AS$475,000 (RM1.876 juta).

Beregu wanita muda negara Low Zi Yu dan Noraqilah Maisarah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gerak Solo, Tawaran BN Johor Kestabilan Politik Asli – Najib

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker