Hormati Titah Sultan Selangor, Jangan Biadap – Armand Azha
Hormati Titah Sultan Selangor, Jangan Biadap – Armand Azha

KUALA LUMPUR, 20 Mei – UMNO Bahagian Subang berdiri teguh menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan akan terus mempertahankan keluhuran institusi Raja-Raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ketuanya, Datuk Dr Armand Azha Abu Hanifah menegaskan sesungguhnya institusi Raja-Raja Melayu adalah payung kedaulatan negara, benteng perpaduan rakyat serta lambang maruah bangsa yang wajib dipertahankan oleh seluruh rakyat Malaysia.
“Patik dan seluruh jajahan Subang berdiri teguh di bawah naungan Tuanku dalam mempertahankan keluhuran Perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta prinsip kesetiaan kepada Raja dan Negara seperti termaktub dalam Rukun Negara.
“Kami juga menolak sekeras-kerasnya sebarang kenyataan biadap yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Dap, Tony Pua yang angkuh dan tidak bertanggungjawab. Beliau cuba mempertikai titah serta kewibawaan institusi diraja demi kepentingan politik sempit.
“Titah Tuanku Sultan Selangor bukan sekadar peringatan biasa, tetapi satu nasihat penuh hikmah demi memastikan perpaduan rakyat, keharmonian negeri dan keluhuran Perlembagaan terus dipertahankan. Baginda turut menyeru wakil rakyat hadir ke Dataran Selangor untuk membaca dan memahami semangat Rukun Negara,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan Pengkhianat Adalah Bermotif Politik, Sengaja Kelirukan Rakyat – Jais Sarday
- Henti Main Sentimen, BN Johor Bukan Pengkhianat – Aznan Tamin
- Politik Kerja, Utama Turun Padang Berbanding Janji – Akmal Zharif
UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja
Mengulas lanjut, Armand menegaskan amat malang apabila masih ada pemimpin Dap yang memilih untuk mempertikai serta memberi tafsiran sempit terhadap konsep Raja Berperlembagaan sehingga menimbulkan persepsi mencabar kewibawaan institusi diraja.
“Kenyataan seperti ini bukan sahaja tidak matang, malah dilihat gagal memahami sejarah pembentukan negara serta semangat Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Malaysia bukan sebuah negara republik yang boleh sesuka hati memperlekeh atau mempersoalkan titah Raja-Raja Melayu mengikut tafsiran politik mereka.
“Institusi Raja adalah payung negara, benteng perpaduan rakyat dan tiang seri kepada kestabilan negara sejak merdeka. Prinsip ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’ dalam Rukun Negara bukan sekadar hiasan di plak atau bahan ucapan politik, tetapi wajib dihayati dengan penuh adab, taat dan hormat oleh semua pihak tanpa mengira parti politik,” jelas beliau.
Tegas beliau, rakyat semakin muak dengan sikap segelintir pemimpin Dap yang dilihat berulang kali menyentuh perkara melibatkan institusi Melayu dan Raja-Raja secara terbuka sehingga mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat.- UMNO Online
Hormati Titah Sultan Selangor, Jangan Biadap – Armand Azha
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan Mahu ‘Kuburkan’ UMNO Lebih Bersifat Retorik Politik
- Akar Umbi Terus Jadi Tunjang Kekuatan UMNO – Sollehin
- Khairuddin Tegur Sikap ‘Assobiyah’, Jangan Pertahan Kesilapan Demi Parti
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak
You must be logged in to post a comment.