UMNO Bukit Bintang Desak Tony Pua Mohon Maaf Secara Terbuka

UMNO Bukit Bintang Desak Tony Pua Mohon Maaf Secara Terbuka

UMNO Bukit Bintang Desak Tony Pua Mohon Maaf Secara Terbuka

KUALA LUMPUR, 20 Mei — Ketua UMNO Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin menegaskan bahawa tindakan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Dap, Tony Pua yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap Institusi Raja tidak boleh dipandang ringan.

Menurut beliau, Malaysia dibina atas prinsip Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen, manakala Institusi Raja merupakan payung kedaulatan negara yang perlu dihormati oleh semua pihak.

“Perbezaan pandangan politik tidak memberi lesen kepada sesiapa untuk memperlekeh kedudukan Raja-Raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mendesak Tony Pua supaya menarik balik kenyataan tersebut serta memohon maaf secara terbuka kepada rakyat dan Institusi Raja.

Tengku Azman berkata, pihaknya akan terus berdiri teguh mempertahankan Institusi Raja, Perlembagaan Negara serta kedaulatan Malaysia daripada sebarang bentuk penghinaan atau tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Negeri Sembilan Nafi Khianati PH, Tegas Pertahan Institusi Raja


“Tony Pua wajib menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka. Kami berdiri teguh mempertahankan Institusi Raja, Perlembagaan Negara dan kedaulatan Malaysia.”

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini menyarankan orang ramai khususnya dua pemimpin Dap iaitu ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas Exco Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew agar menghayati prinsip-prinsip asas Rukun Negara yang menjadi tunjang perpaduan nasional.

Susulan itu Tony Pua menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang mana kuasa raja secara amnya terhad kepada aspek-aspek tertentu seperti adat Melayu, Islam dan peranan berpelembagaan seperti pelantikan Menteri Besar serta perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). – UMNO Online

UMNO Bukit Bintang Desak Tony Pua Mohon Maaf Secara Terbuka


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hayati Rukun Negara, Kenyataan Sultan Selangor Wajar Jadi Pedoman Semua Pihak


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker